Archive for the ‘pas’ Category

Ramai yang kurang berminat untuk mengambil kisah tentang politik kerana banyak sebab. Kebanyakan berkata bahawa ianya kotor, ada yang kata merepek, ada yang kata membuang masa, dan ada yang sampai kata mereka tak mahu layan politik di Malaysia – kerana semua memang tidak boleh dipercayai.

Itulah pandangan masyarakat kita tentang politik di Malaysia. Bagi saya pula walaupun kotor sekalipun politik itu, percayalah bahawa hanya politik merupakan wadah untuk memperjuangkan apa2 yang kita percaya. Sebut tentang percaya, seketika dulu saya amat mempercayai bahawa sistem politik Islam yang total perlu ada atau dengan lebih jelas cara bernegara khalifah Islam yang empat selepas nabi S.A.W.

Tetapi setelah hampirn 2 tahun saya menambah ilmu dan menkaji realiti, walau belum cukup lagi, saya mendapat bahawa di negara kita memang susah kalau nak letaki undang2 Islam sebagai tunjang pentadbiran negara. Memandangkan penolakan masyarakat umum terhadap undang2 Islam secara total. Kini saya masih mahu melihat kita dikawal oleh undang2 Islam, tetapi cara pengamalan itu sepatutnya diterima oleh masyarakat secara majoriti barulah akan jadi berkesan perlaksanaannya.

Sekarang saya amat bersetuju dengan sistem undang2 yang ada yang berpaksikan dasar diskriminasi positif kepada orang melayu. Bukannya saya menolak isu kesaksamaan diantara rakyat tetapi setelah mendengar hujah yang cukup menyakinkan mengapa melayu perlu dibantu. Tetapi apa yang mengecewakan adalah setelah hampir berpuluh tahun dibantu, orang melayu tidak kemana, kalau ada peningkatan pun, amatlah sedikit – dimana peningkatan itu sepatutnya lebih memandangkan dengan pelbagai bantuan yang diberi oleh kerajaan.

Orang Cina, tanpa bantuan yang lebih mampu mengatasi orang melayu dengan kudrat mereka sendiri. Dulu mereka datang sebagai buruh, pedagang, dan pelombong yang dianngap sebagai kerja2 yang kurang bermartabat, tetapi sekarang mereka maju dan lebih kaya daripada orang melayu. Lihat Lim Goh Tong, dia datang Malaya dengan duit bersamaan 2 dollar, bermula kerja sebagai penjual sayur menaiki basikal, kemudian kontraktor binaan, kemudian pemilik usahaan kontraktor, selepas itu menjadi penjual jentera berat terpakai, kemudian kembali semula sebagai kontraktor, dan akhirnya, pemilik resort dan pusat judi di negara ini. Lihat bagaimana dia berjaya, penipuan bukan isunya, yang penting adalah usaha beliau dan jatuh bangun dalam perniagaan.

Tetapi orang melayu lebih gemar makan gaji, kerja dengan orang, mudah tanpa perlu tanggung risiko. Kita tanpa segan silu panggil diri kita sebagai tuan di Malaysia, tetapi orang melayu lagi ramai yang bertuankan Cina – adakah kita tidak sedar?

BN dan Pakatan Rakyat

Sebelum apa2 yang saya ingin katakan, sejak dari dulu sehingga awal tahun lepas saya amat menyokong UMNO dan Barisan, tetapi setelah memberi peluang untuk perubahan seperti yang dijanji Pak Lah, tetapi tidak berlaku, saya hilang yakin, dan telah menyokong Pakatan Rakyat.

Saya rasa tindakan saya betul kerana, Tun kata orang ramai tidak undi BN kerana protes, memang ini satu protes, BN amat mengecewakan rakyat, janji perubahan, tidak buat perubahan, kehakiman tak juga bebas, rasuah makin meningkat, jenayah makin meningkat, apa yang nak jadi dengan negara ini? Ekonomi kita sudah merudum, kerana bagi saya mahu tahu pasal ekonomi baik atau tidak, jangan cari dalam surat khabar, tanya tauke Cina di Pekan2, kalau bagus, maka baguslah, tetapi masalahnya ramai tauke Cina pun kata business tak bagus!

Pakatan Rakyat membawa segala perubahan yang betul dimahukan rakyat, bermula kebebasan media setelah rakyat bosan dengan media massa Malaysia yang terkongkong dan menjadi agen propaganda dan penyeber fitnah, kemudian dengan kehakiman yang lebih bebas dan adil, pihak berkuasa yang lebih beramanah, kebajikan rakyat lebih terjaga, dan yang paling penting, pengkajian semula DEB supaya benar2 membantu melayu memandangkan kebelakangan ini DEB makin membuahkan hasil. Walaupun Anwar tidak boleh dipercayai, tetapi apabila pakatan rakyat jadi kerajaan, bayangkan berapa banyak hubungan rasuah dalam kerajaan dapat diputuskan, berapa banyak pekung2 kita buka dan rawat, dan apabila pakatan rakyat menjadi korup, rakyat Malaysia perlu tahu apa nak buat, undi BN pula.

Tetapi kini saya kembali menyokong BN atas apa yang saya percaya iaitu, sistem yang ada pada BN telah berjaya mentadbir negara ini selama 50 tahun dan membawa negara ini dalam keadaan yang kita ada sekarang. Soal konflik antara kaum dapat ditangani dengan baik, apabila ada wakil Cina, India dalam kerajaan, perbincangan boleh diadakan dengan baik tanpa perlu ada sebarang konfrontasi, cuma sekarang BN perlu pandai, orang melayu boleh perjuang dasar diskriminasi positif, tetapi jangan melukakan hati rakyat Malaysia yang bukan Melayu, dan yang bukan Melayu pula boleh meminta sesuatu dengansederhana tanpa perlu konfrontasi dengan orang melayu. Inilah yang kita mahu dan harapkan.