Apabila saya berada di sekeliling rakan2, kami biasa memanggil2 nama seseorang dengan gelaran, macam2 gelaranlah, antaranya ‘keling’, ‘buncit’, ‘bulat’, ‘lipat’, ‘botak’, ‘senget’, dan sebagainya, kalau nak list semua, memang tidak akan habis. Inilah asam garam dalam SUKSIS UiTM, yang merupakan satu badan beruniform universiti, memang seronok, kalau nak keluar memang sayang.

Bersama rakan2 saya juga selalu memanggil nama gelaran, dan antaranya ‘keling’, bukan bermaksud untuk menghina kaum India, tidak sama sekali terniat, sahaja untuk meletakkan nama pada sikap putar belit dan kadang2 tempat datangnya seseorang itu.

Saya sendiri pun selalu dilabel sebagai ‘keling’, dulu susah nak terima, tetapi sekarang bolehlah terima, kerana inilah asam garam hidup yang mendekatkan sesama manusia. Saya dulu selalu panggil orang ‘keling’, atas pelbagai sebab, mungkin dari berdolak-dalik, tempat tinggal, tau mungkin warna kulit, bukan penghinaan tetapi lebih dari itu, ia adalah satu penghormatan, dimana semakin rapat persahabatan itu maka makin kasar perkataan yang diguna, makin tidak terasa.

Kini, saya menerima nasib yang sama, dan bakal dipanggil ‘keling’, ini disebabkan saya akan berpindah ke Tanjung Keling, Melaka. Mungkin kalau ada program yang memerlukan ice breaking session, kalau ditanya tentang tempat tinggal, saya akan terus sebut Melaka, tidak boleh dispesifikkan, kalau tidak pergi kemana-mana orang panggil ‘keling’.

Jadi silalah jangan panggil saya ‘keling’, kalau tak cukup rapat, nanti terasa sensitif, bak kata satu watak Gangster dalam cerita Sivaji The Boss, Adhi, “I’m very sensitive”, hahaha…

Advertisements

In politics, everything is about choice, especially when you are living in a democratic country. You choose what you wish and like, regardless of the fact that you need to select from the thoughts of your conscience, majority decides based on interest rather than what should have been decided.

My friend once said, you can believe anything you like as you will say anything possibly accetable to justify your convictions. As the supporters of the government will argue on many grounds to say that the current government is the best choice and the supporters of the opposition will also say everything to make others believe that the opposition is right.

As an exercise of this norm, long ago, I was a supporter of the opposition but now, not anymore. The main reason for my support is simply because we have a weak leader of the government and since that person decides to stop contesting and start arraging for retirement, I see hope for this country in the hands of Barisan Nasional. In the past 50 years, they did a great job by having good leaders and they will again, by the command of Datuk Seri Najib.

From this day on I shall be the supporter of the government until it has become hopeless, then I will turn to the opposition.

Haraf Maaf!

Posted: November 24, 2008 in Uncategorized
Assalamualaikum…

Sudah lebih beberapa bulan saya tidak menulis, bukan kerana saya tidak mahu tetapi takut akan kesan yang saya akan alami jika terus menulis. Ramai mengatakan bahawa saya tidak patut berhenti menulis, tulislah selagi tidak menampakkan penentangan, tulis tentang perkara yang menjadi permasalahan bersama atau bersifat partisan.

Bagi saya, cara ini adalah tidak sesuai untuk saya memandangkan saya melihatnya sebagai menjadi hipokrit dan penakut. Sepatutnya kita perlu untuk menyuarakan apa kita percaya dan pada masa yang sama menerima teguran terhadap apa yang kita katakan melalui pemunasabahan mengikut merit dan bukan semata-mata atas dasar apa yang lebih selamat atau sesuai.

Kalaulah semua penulisan perlu berpandukan perkara yang patut yang munasabah pada pandangan manusia yang segelintir yang berkuasa yang melakukan perkara2 yang salah untuk menjaga kepentingan politik mereka, saya rasa, kejahatan dan penindasan akan berleluasa tanpa henti, tanpa ada sebarang kuasa menentang untuk kebaikan.

Ikhlas saya nyatakan disini bahawa, adalah satu kebenaran bahawa sesiapa sahaja yang berjuang untuk kebenaran akan mendapat masalah, namakanlah contoh2 dalam sejarah mahu pun Islami atau bukan, sama sahaja. Lihat Nabi Muhammad S.A.W., lihat Imam Hanbali, lihat Mahatma Gandhi, lihat Nelson Mandela, lihat Dr Martin Luther King Junior, lihat Karam Singh Walia sekalipun juga menhadapi ancaman mendedahkan kegiatan harap yang merosak alam sekitar.

Jadi, dalam hidup kita, walau Qada dan Qadar telah ditetapkan, kita masih ada peluang untuk membuat pilihan, sama ada kita mahu melakukan sesuatu yang betul atau salah, halal atau haram, dan akhirnya kita akan menanggung sendiri akibatnya atau menikmati pahalanya. Ramai yang beranggapan kita yang berjuang mungkin menghadapi kerugian, pada saya itu pandangan yang salah, pengorbanan yang kita lakukan adalah suci dan tidak pernah mengharapkan kebahagiaan untuk diri sendiri tetapi kebahagiaan umum sebenarnya, itulah perkara yang paling murni yang patut ada dalam diri setiap pejuang – kepuasan melihat kebahagiaan orang lain walaupun kita merana.

Al – Fatihah

Posted: November 13, 2008 in Uncategorized

Assalamualaikum…

I would like to take this opportunity to ask those who are willing to recite surah Al – Fatihah for one of my family member, by the name of Cepit, he left this world this evening…

May Allah free him from afterlife sufferings and ease his path to heaven…

Thank you…

Saya disini ingin mempertahankan tindakan Tun yang mencadang siapa yang patut ada dan tiadak ada dalam parti walaupun beliau masih belum ahli UMNO – itu pun kerana Majlis Tertinggi yang masih tak mahu bincang kemasukan beliau.

Pada hemat saya, Tun adalah orang yang terbaik dalam hal itu kerana beliau lebih faham mentaliti yang kesan segala tindakan yang beliau lakukan, Tun adalah seorang yang berpandangan jauh dan banyak kali, rancangan beliau yang tidak boleh diterima akal, telah berjaya kini.

Seperkara lagi, walaupun saya menentang cara Tun mentadbir, yang boleh disifatkan tidak demokratik, saya rasa beliau mempunyai sebab yang cukup untuk melakukan semua perkara tersebut. Tun adalah sejenis manusia yang melakukan sesuatu bukan untuk dirinya dahulu tetapi untuk UMNO dan Malaysia, walaupun ahli politik tidak bebas dari rasuah – ingat definisi rasuah luas, beliau pada setiap masa tetap mengutamakan Bangsa Melayu dan Rakyat Malaysia di dalam apa jua keputusan yang dibuat beliau, dia tidak kisah akan nasib dirinya terlebih dahulu.

Apabila Pak Lah kata beliau tidak gemar dengan tindakan Tun yang memberi telunjuk tentang siapa yang patut ada dan patut tiada dalam parti, saya amat marah, ini kerana Pak Lah adalah orang berkepentingan, beliau dalam proses penamatan kepimpinan beliau. tetapi sebaliknya bagi Tun, beliau mempunyai kurang kepentingan, kecuali tentang Mukhriz, beliau juga paling layak kerana tidak perlu menjaga ‘periuk nasi’ presiden. Tun juga lebih mengenali UMNO dari Pak Lah, calon yang dipilih Tun pasti akan mendapat sokongan yang tinggi dan majoriti akan buat kerja dengan baik.

Tapi yang kes Pak Lah tu special, itu mungkin pertama kali dan akhir, Tun silap buat pilihan kot, hahaha…