Haraf Maaf!

Posted: November 24, 2008 in Uncategorized
Assalamualaikum…

Sudah lebih beberapa bulan saya tidak menulis, bukan kerana saya tidak mahu tetapi takut akan kesan yang saya akan alami jika terus menulis. Ramai mengatakan bahawa saya tidak patut berhenti menulis, tulislah selagi tidak menampakkan penentangan, tulis tentang perkara yang menjadi permasalahan bersama atau bersifat partisan.

Bagi saya, cara ini adalah tidak sesuai untuk saya memandangkan saya melihatnya sebagai menjadi hipokrit dan penakut. Sepatutnya kita perlu untuk menyuarakan apa kita percaya dan pada masa yang sama menerima teguran terhadap apa yang kita katakan melalui pemunasabahan mengikut merit dan bukan semata-mata atas dasar apa yang lebih selamat atau sesuai.

Kalaulah semua penulisan perlu berpandukan perkara yang patut yang munasabah pada pandangan manusia yang segelintir yang berkuasa yang melakukan perkara2 yang salah untuk menjaga kepentingan politik mereka, saya rasa, kejahatan dan penindasan akan berleluasa tanpa henti, tanpa ada sebarang kuasa menentang untuk kebaikan.

Ikhlas saya nyatakan disini bahawa, adalah satu kebenaran bahawa sesiapa sahaja yang berjuang untuk kebenaran akan mendapat masalah, namakanlah contoh2 dalam sejarah mahu pun Islami atau bukan, sama sahaja. Lihat Nabi Muhammad S.A.W., lihat Imam Hanbali, lihat Mahatma Gandhi, lihat Nelson Mandela, lihat Dr Martin Luther King Junior, lihat Karam Singh Walia sekalipun juga menhadapi ancaman mendedahkan kegiatan harap yang merosak alam sekitar.

Jadi, dalam hidup kita, walau Qada dan Qadar telah ditetapkan, kita masih ada peluang untuk membuat pilihan, sama ada kita mahu melakukan sesuatu yang betul atau salah, halal atau haram, dan akhirnya kita akan menanggung sendiri akibatnya atau menikmati pahalanya. Ramai yang beranggapan kita yang berjuang mungkin menghadapi kerugian, pada saya itu pandangan yang salah, pengorbanan yang kita lakukan adalah suci dan tidak pernah mengharapkan kebahagiaan untuk diri sendiri tetapi kebahagiaan umum sebenarnya, itulah perkara yang paling murni yang patut ada dalam diri setiap pejuang – kepuasan melihat kebahagiaan orang lain walaupun kita merana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s