Ketidakrelevanan status ‘Datuk’ negara kita

Posted: October 12, 2008 in bangsa, Kerajaan, negara, perjuangan

Pada zaman silam, gelaran Datuk diberikan kepada orang2 tertentu yang mempunyai jawatan dalam istana dan pentadbiran ketika itu dan selepas negara kita bertukar sistem pemerintahan, dimana Sultan tidak lagi melakukan kerja pentadbiran, anugerah ini biasanya diberikan kepada pemegang2 jawatan2 tertentu dalam kerajaan dan juga jika jasa terhadap negara telah dilakukan.

Saya terpanggil untuk menyingkap persoalan mengapa gelaran Datuk ini diberikan sewenang-wenangnya. Asasnya gelaran Datuk walau hanya gelaran, memberi satu bentuk kuasa – dalam erti kata yang lain, satu bentuk pengaruh terhadap penerima anugerah tersebut, dikalangan masyarakat melayu, mereka akan dihormati dan diutamakan. Seolah2, kedudukan Datuk itu merupakan satu kepercayaan yang telah diberikan untuk menunjuk contoh dan menghargai jasa2 individu2 yang terlibat.

Tetapi trend masa kini adalah terlalu banyak orang dapat gelaran Datuk. Persoalan tidak akan timbul jika memang jelas penerima anugerah tersebut berjasa, tetapi apabila sahaja orang yang mendapat gelaran tersebut terdiri daripada mereka yang tidak berjasa atau mempunyai kedudukan sah yang betul2 memerlukan anugerah Datuk atau tidak mempunyai apa2 sumbangan pun terhadap negara sama ada secara terus atau tidak, memang amat tidak memuaskan hati dan menunjukkan bahawa nilai Datuk Malaysia ni memang tiada nilai dan mungkin tidak relevan lagi.

Perlu diingat bahawa, pangkat Datuk ini adalah komplikated dari pada isu yang difahami umum. Ia membawa imej dan autoriti orang melayu melalui raja2 mereka. Apabila gelaran diberikan sewenang2nya dan boleh dibeli, sudah cukup jelas melambangkan bahawa orang melayu ini memang itu sifatnya, gelarannya tidak berharga, mesyarakatnya mudah dibeli dan ignoran terhadap asas berusaha untuk mendapat kejayaan. Selain itu mentaliti yang dapat Datuk dan berusaha untuk mendapat Datuk juga berbeza. Kalau dahulu orang berusaha dan tidak memasang niat untuk dapat Datuk, tetapi usahanya yang membawa jasa kepada negara membolehkan beliau dapat Datuk, tetapi sekarang, Datuk itu adalah matlamat utama dan usaha yang dilakukan adalah semata2 untuk memcapai impian mendapat Datuk, tidak kiralah apa caranya sekalipun.

Isu pemberian Datuk terhadap Shah Rukh Khan, bagi saya, langsung tidak mempunyai justifikasi, apa sumbangan Shah Rukh Khan pada Malaysia. Mungkin kita mahu jadikan gelaran Datuk ini bersifat global seperti gelaran Sir British, ini bagus tetapi yang amat menjadi persoalan kenapalah Shah Rukh Khan pula. Banyak lagi individu lain dalam dunia ini yang banyak berjasa dan mempunyai ketokohan, ini tidak, Shah Rukh Khan.

Untuk makluman, saya tiada masalah peribadi dengan Shah Rukh Khan, hanya risau imej melayu kita sahaja, pemimpin kita hari ini sudah tidak tahu jaga maruah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s