Siapa Pak lah nak tegur Mahathir?

Posted: October 19, 2008 in Abdullah Badawi, bangsa, Kerajaan, Majlis Tertinggi, negara, perjuangan, Tun Dr. Mahathir

Saya disini ingin mempertahankan tindakan Tun yang mencadang siapa yang patut ada dan tiadak ada dalam parti walaupun beliau masih belum ahli UMNO – itu pun kerana Majlis Tertinggi yang masih tak mahu bincang kemasukan beliau.

Pada hemat saya, Tun adalah orang yang terbaik dalam hal itu kerana beliau lebih faham mentaliti yang kesan segala tindakan yang beliau lakukan, Tun adalah seorang yang berpandangan jauh dan banyak kali, rancangan beliau yang tidak boleh diterima akal, telah berjaya kini.

Seperkara lagi, walaupun saya menentang cara Tun mentadbir, yang boleh disifatkan tidak demokratik, saya rasa beliau mempunyai sebab yang cukup untuk melakukan semua perkara tersebut. Tun adalah sejenis manusia yang melakukan sesuatu bukan untuk dirinya dahulu tetapi untuk UMNO dan Malaysia, walaupun ahli politik tidak bebas dari rasuah – ingat definisi rasuah luas, beliau pada setiap masa tetap mengutamakan Bangsa Melayu dan Rakyat Malaysia di dalam apa jua keputusan yang dibuat beliau, dia tidak kisah akan nasib dirinya terlebih dahulu.

Apabila Pak Lah kata beliau tidak gemar dengan tindakan Tun yang memberi telunjuk tentang siapa yang patut ada dan patut tiada dalam parti, saya amat marah, ini kerana Pak Lah adalah orang berkepentingan, beliau dalam proses penamatan kepimpinan beliau. tetapi sebaliknya bagi Tun, beliau mempunyai kurang kepentingan, kecuali tentang Mukhriz, beliau juga paling layak kerana tidak perlu menjaga ‘periuk nasi’ presiden. Tun juga lebih mengenali UMNO dari Pak Lah, calon yang dipilih Tun pasti akan mendapat sokongan yang tinggi dan majoriti akan buat kerja dengan baik.

Tapi yang kes Pak Lah tu special, itu mungkin pertama kali dan akhir, Tun silap buat pilihan kot, hahaha…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s