Apa yang Pak Lah cuba maksudkan?

Posted: October 19, 2008 in Abdullah Badawi, bangsa, Majlis Tertinggi, negara, Tun Dr. Mahathir, umno
Ini artikel saya ambil dari Mingguan Malaysia, hari ini:

PM bidas Mahathir

KOTA
KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah
pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada
dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada
pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang
UMNO apa yang patut dilakukan?

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan
orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa
yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat
begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.

Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir
orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.

“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian.
Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka
itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang
yang tidak baik…orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.

“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan
kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,”
katanya.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan
Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di
peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap
tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah
lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan
kebaikan.

“Inikah “reform” yang diharapkan…Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO
ada kebebasan untuk bertanding.

“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding
timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik…Mengapa
suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding… tentu ada orang yang
mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang
UMNO menentukannya,” katanya.

Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi
arahan.

“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri
Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau
dan Najib pada Mac tahun depan.

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan
kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk
Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui
oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang
dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan
dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan
Rakyat.

“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai
satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki
oleh rakyat.

“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam
manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya
pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.

Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang
saya telah usahakan.

“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit
lagi?

Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang
nanti nak menyokong dia,” katanya.

– Bernama

Kalau dilihat dari bahagian yang saya highlightkan tadi, kita dapat mengetahui bahawa Pak Lah tidak gemar tindakan Muhyidin Yassin yang mempersoalkannya, pada awalnya beliau kata semua boleh bertanding tanpa ada orang yang memberi telunjuk atau tidak bagi bertanding, itu ditujukan kepada Ali Rustam.

Tetapi cuba lihat kenyataan terakhir beliau dalam artikel ini, yang kata Muhyidin tak sabar nak jadi timbalan, dan Pak Lah menambah lagi bahawa, ” …itu pun kalau ada cukup orang nak sokong dia…”, disini apakah yang cuba Pak Lah sampaikan, apa yang beliau akan lakukan? Apakah nasib Muhyidin? Adakah ini disebab oleh Muhyidin orang Mahathir?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s