Pengorbanan Pak Lah cukup besar!

Posted: October 11, 2008 in Abdullah Badawi, barisan nasional, economy, islam, Kerajaan, negara, umno

Tindakan Pak Lah mengambil keputusan untuk tidak bertanding kedudukan Presiden UMNO pada mesyuarat agung UMNO yang akan datang merupakan satu pengorbanan yang amat beharga untuk dirinya dan waktu yang genting ini.

Sebagai latar belakang, kalau kita lihat, diantara semua presiden UMNO Pak Lah yang paling teruk ditekan supaya meletak jawatan diatas kekalahan teruk UMNO. Saya menulis ini bukan mahu mempertahan beliau tetapi sekadar ingin menyatakan bahawa bukan mudah untuk kita tunduk pada tekanan dalam keadaan kita memegang kuasa, tetapi Pak Lah tunduk dan itu adalah sikap beliau yang paling mulia. Beliau sedar bahawa apa yang boleh buat UMNO kuat semula adalah apabila Pak Lah meletakkan jawatan dan sekarang UMNO sudah kembali tenang dan stabil.

Mari kit lihat sejarah Pak Lah sebagai PM, sebelum ini saya melihat kemenangan Pak Lah yang besar semasa pilihanraya pertamanya sebagai perdana menteri merupakan dari faktornya sebagai mr clean, tetapi baru2 ini saya mendengar satu pandangan lain yang sudah lama, bahawa kemenangan Barisan Nasional pada waktu tersebut adalah kerana Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri. Saya pun mula berfikir semula, betul juga kesimpulan ini memandangkan Pak Lah pada waktu itu bukanlah satu karekter yang kuat.

Selama pemerintahan Pak Lah tidak banyak perubahan yang berlaku kepada negara kita kerana dasar modal insan yang ditekankan beliau sudah lama wujud dan dijaga pada zaman sebelumnya. Tentang Islam Hadhari, bagi saya pendekatan ini amat bagus kerana 10 prinsip yang ditetapkan amat penting dilaksanakan untuk memastikan kejayaan ummah pada masa kini. Tetapi yang menjadi masalah adalah apabila ianya gagal dilaksanakan oleh Pak Lah, hanya kempen yang berterusan sahaja yang ada, ini hanya membazirkan sahaja.

Dari segi ekonomi, memang jelas Pak Lah memang gagal dalam pengurusan ekonomi, negara kita sekarang mengalami masalah yang tidak dapat ditangani oleh pemerintahan Pak Lah. Kenaikan harga minyak mendadak menyebabkan kenaikan harga barang yang melampau yang dapat dielakkan jikalau kerajaan berhati2 membuat keputusan. Dasar pembangunan negara semakin lembap, ekonomi negara tidak berkembang dengan pesat dan kadar kesuahan hidup rakyat meningkat dan secara tidak langsung meningkatkan kadar jenayah di negara kita.

Kesimpulan, Pak Lah penyelamat UMNO kini dengan keputusannya yang penuh dengan pengorbanan.

Comments
  1. morris says:

    Perhaps this crisis was devised to stop the transfer of wealth to the oil producers:

    http://morris108.wordpress.com/2008/10/11/russia-iran-venezuela-earnings-are-nearly-halved/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s