Keputusan Pak Lah tanding presiden – apakah pentingnya?

Posted: October 8, 2008 in Abdullah Badawi, agama, bangsa, barisan nasional, economy, kaum, Kerajaan, negara, pakatan rakyat, perjuangan, Tun Dr. Mahathir, umno

Tindakan Pak Lah berdolak dalik sama ada untuk bertanding untuk presiden UMNO pada persidangan UMNO yang akan datang telah menyebabkan pelbagai kemungkinan dan spekulasi. Ini kerana kedudukan yang beliau akan pilih itu merupakan kedudukan yang bakal menentukan segalanya tentang suasana politik melayu dan negara kita.

Setelah saya baca blog Tun Dr Mahathir tentang hal berkenaan, beliau mengatakan bahawa Pak Lah tidak boleh dipercayai dan masih mahu bertanding untuk mengekalkan kedudukannya di dalam UMNO, berdasarkan pengalamannya di dalam UMNO dan bersama dengan orang kedua UMNO itu. Salah seorang kawan saya, bapa dia dulu rapat dengan Pak Lah, katanya Pak Lah sudah berubah, dulu baik, mr clean, selalu layan keluarganya, tetapi sekarang sudah sebaliknya, sudah berubah, kepada yang negatif, perhatian dari Pak Lah sudah tidak ada lagi.

Ini dua kemungkinan dari dua bagai keputusan Pak Lah untuk bertanding, kalau Pak Lah setuju untuk terus bertanding, masalah kepada UMNO dan Barisan Nasional, sokongan rakyat akan hilang dan besar kemungkinan Barisan Nasional tidak akan menjadi kerajaan pada pilihanraya yang akan datang kerana rakyat umumnya memang tidak suka Pak Lah, yang gagal menjaga ekonomi dalam keadaan ketidakstabilan ekonomi dunia, yang gagal menangani masalah antara kaum di Malaysia, yang gagal menangani isu bebas beragama dengan baik, yang gagal menunaikan janjinya untuk perubahan terhadap sistem dan cara pentadbiran di Malaysia – baik kerajaan atau pun kehakiman.

Jikalau Pak Lah tak jadi bertanding, keadaan tidak tenteram dalam UMNO akan reda, kebencian terhadap keluarga beliau dalam UMNO akan mengurang, lebih2 lagi terhadap Khairy Jamaluddin yang sudah terang2 bermanfaat dari kedudukan Pak Lah sebagai persiden UMNO dan Perdana Menteri. Dari ini, akan terbuka ruang untuk pemulihan UMNO, mungkin Presiden baru akan megambil alih, tidak semestinya Najib dan akan kembali membawa UMNO kepada perubahan yang amat dinanti-nantikan oleh orang melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Selian itu, Barisan Nasional bukan sahaja dapat mengekalkan kuasa sebagai kerajaan Pusat, malah kemungkinan besar dapat menangani fenomena Anwar dan menawan semula 4 negeri yang berada di bawah pembangkang, dengan syarat, apa yang rakyat mahu yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, dijanjikan oleh UMNO sendiri.

Apa2 pun, jikalau Najib menag sebagai Presiden, kemungkinan besar sokongan rakyat keseluruhan terhadap beliau goyah, memandangkan segala tuduhan keatasnya tidak dijawab melalui cara2 yang berkredibiliti, hanya melaui kata2 penafian dan sumaph laknat semata-mata. Beliau sendiri pun takut nak saman pihak2 yang membuat kenyataan yang dianggap palsu olehnya – ini menunjukkan bahawa Najib mengelak dari melakukan apa2 yang akan memnurukkan lagi namanya apabila dakwaan2 ini dibuktikan benar.

Kesimpulan, dunia tidak stabil, Malaysia tidak stabil selagi Pak Lah tak letak jawatan, kalau Najib naik, mungkin UMNO stabil tetapi tidak kuat dan dihormati. Sekarang perlu ada pemimpin yang betul2 bersih dan dihormati dan mempunyai kredebiliti untuk memimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s