Gelagat penyokong Hindraf

Posted: October 7, 2008 in Abdullah Badawi, agama, bangsa, barisan nasional, kaum, Kerajaan, negara, perjuangan

Tindakan penyokong Hindraf baru2 ini yang menyerbu rumah terbuka Perdana Menteri merupakan satu tindakan yang amat memalukan dan memang tidak boleh diterima akal.

Saya terpanggil untuk menulis tentang isu ini kerana saya amat menyokong tuntutan yang dibuat oleh hindraf selama ini, kecuali yang beberapa isu yang amat ekstrem, yang saya pasti bahawa tuntutan itu hanya dikemukakan untuk menampakkan keseriusan masalah yang dihadapi kaum India di Malaysia. Perlu diingat di sini bahawa Hindraf mendapat sokongan besar dari masyarakat India – petunjuknya cukup mudah, lihat jumlah rakyat India di negara ini dan bandingkan dengan jumlah orang India yang mencecah 15,000 orang yang menyertai demonstrasi Hindraf suatu ketika dahulu.

Berbalik tindakan di rumah terbuka Perdana Menteri, saya merasakan bahawa tidak patut untuk Hindraf melakukan perkara sebegitu di dalam majlis hari raya. Sepatutnya mereka datang dengan cara yang hormat dalam keadaan mereka dilayan seperti tetamu dan diberikan layanan seperti pengunjung yang lain. Ini tidak, mereka menjerit slogan2 yang mereka juangkan yang pada peribadinya saya sokong. Walaupun begitu, waktu dan suana memang tidak sesuai untuk perkara tersebut dilakukan memang tidak boelh diterima dan mengguris perasaan umat Islam dan melayu sama ada pembangkang atau pun kerajaan.

Saya amat pasti kalaulah, pemimpin mereka membuat rumah terbuka, kalau kita orang melayu buat demonstrasi dengan mengakibatkan kekacauan di majlis tersebut, sudah tentu mereka naik marah, samalah seperti kita juga.

Saya berharap perkara ini tidak berulang pada masa depan dan supaya kita yang berbeza kaum ini lebih menghormati satu sama lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s