Semoga hari raya merapatkan kita semula…

Posted: October 2, 2008 in agama, economy, kaum, Kerajaan, negara

Saya amat pasti bahawa suasana raya ini merupakan satu perkara yang amat kita tunggu. Saya sendiri hampir kenyang untuk hari raya pertama dan kedua kerana satu hari lebih sepuluh kali makan ketupat, lemang, dan rendang. Kalau orang kata puasa 30 hari boleh mnguruskan badan, maka tiga hari raya pertama itu sudah cukup untuk memenuhkan ruang2 kosong yang ada pada badan setelah 30 hari berpuasa.

Disebalik kegembiraan berpuasa, banyak beban yang masih perlu difikirkan antaranya peperiksaan yang akan dilangsungkan selepas raya, selain itu bagi yang sibuk berkempen untuk pilihanraya, memang banyak kerja yang meletihkan menanti, sehinggakan raya inilah pun jadi waktu untuk berpolitik disebalik kunjungan sanak-saudara dan ke rumah rakan2. alaupun begitu, saya tetap terhibur memandangkan makanan yang tersedia pada suasana raya ini, saya dari dahulu memang penggemar makanan.

Dalam hal politik negara pula, alhamdulillah, media perdana kita kurang memainkan isu politik ini, kalau dulu tak sudah2 memburukkan pihak pembangkang sampai menyebabkan orang lain yang tak salah kena tahan ISA, kini pada raya ini, saya rasa hampir tiada, barulah rasa aman sedikit melihat berita dan akhbar yang dijual, sejuk mata dan hati membaca.

Banyak hal2 politik yang masih menjadi misteri, antaranya bila Pak Lah nak serah kuasa, adakah lebih awal memandangkan Pak Lah kata mahu bincang dengan parti komponen dan ahli MT tentang peralihan kuasa beliau? Tentang Anuar jadi PM, apakah strategi beliau akan berjaya selapas raya, memandangkan parlimen akan bersidang semula? Tentang isu UiTM apakah yang sebenarnya disebalik isu ini, apakah yang tersirat disebalik tindakan serang-menyarang antara satu sama lain diantara Dato’ Seri Ibrahim Abu Shah dan Tan Sri Khalid Ibrahim?

Insyaalah, jikalau saya ada masa lapang, saya akan menulis tentang isu2 diatas, tapi waktu raya ini, hentikanlah politik kita yang sudah membawa pelbagai kerosakan, semoga negara kita menjadi stabil dikala ekonomi Amerika Syarikat yang amat tidak stabil ini setelah Kongres menolak resolusi menghadapi masalah ekonomi sedunia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s