Ekonomi kita tidak bagus!

Posted: September 28, 2008 in Abdullah Badawi, barisan nasional, economy, Kerajaan, negara

Alhamdulillah, akhirnya saya sampai ke rumah di Kuala Sawah, syukur. Saya amat gembira kerana dapat berbuka bersama keluarga, untuk pengetahuan, hari ini mak saya masak sambal kupang, cendawan goreng dan lain2, memang best.

Tetapi saya menulis ini bukan nak kata pasal makanan atau berbuka tetapi tentang hal ekonomi kita. Selepas berbuka, saya keluar untuk membeli rokok, selepas berbuka dan semasa pulang saya lihat ada seorang yang saya tidak kenali, anggota polis baru di balai ayah saya yang baru dua bulan setengah bekerja, jadi saya berkenalan dengannya, untuk dia teman saya hisap rokok.

Semasa kita merokok antara topik yang dibincangkan adalah soal ekonomi. Betapa kalau ekonomi tak bagus macam2 masalah akan terjadi dan yang paling merisaukan adalah kadar jenayah yang meningkat. Ini agak jelas memandangkan apabila rakyat susah dan tiada duit, wujud suasana terpaksa melakukan sesuatu sehinggakan melakukan jenayah. Saya rasa amat kasihan dengan nasib seorang wanita di Shah Alam yang mati ditikam oleh penyamun yang mahu menyamun rumahnya.

Sebut pasal ekonomi, tanggungjawab menjaga ekonomi ada dibahu kerajaan kerana mereka yang menetapkan dasar yang membantu ekonomi negara. Tetapi di bawah pemerintahan Pak Lah atau kerajaan sekarang, dasar2 yang dikemukakan amat tidak memuaskan. Umum pasti masih ingat masa Pak Lah baru jadi PM, dimana beliau ingin mengurangkan projek2 mega.

Pada saya tindakan ini tidak bagus memandangkan rakyat akan mendapat duit dari projek2 ini, melalui projek2 inilah pelbagai peluang baru dilahirkan, daripada kontraktor, pekerja, pakar, warung2 tepi jalan dan sebagainya. Tindakan mengurangkan projek mega memang akan mengurangkan wang yang diterima rakyat dan sebagai akibat, rakyat akan terhimpit, lebih2 lagi orang susah.

Tentang harga minyak, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak adalah satu tindakan yang silap. Harga minyak sekarang sudah turun seperti yang dijangka, tetapi kerajaan semasa harga minyak tinggi tetap nak naikkan harga minyak. Banyak kesannya yang amat buruk dan yang paling tidak boleh dihadapi oleh rakyat adalah kenaikan harga2 barang yang mendadak. Cuba fikir kalaulah kerajaan bertahandengan tidak menaikkan harga minyak susah tentu harga barang seharian tidak semahal hari ini, kalau naik pun mungkin tidak sampai setinggi sekarang.

Saya amat kecewa dengan rakyat Malaysia yang pilih kerajaan yang silap dan penipu. Takkanlah rakyat tidak biasa dengan kerajaan Barisan yang selalu mungkir janji, terutamanya harga minyak. Masa sebelum pilihanraya, kerajaan Barisan Nasional janji tidak akan naik harga minyak tetapi sebaliknya yang berlaku, mendadak naiknya, kenaikan yang paling tinggi pula tu.

Kepada pengundi, undilah dengan bijak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s