Kasihan Pak Lah!

Posted: September 27, 2008 in Abdullah Badawi, agama, bangsa, barisan nasional, kaum, Kerajaan, Majlis Tertinggi, negara, umno

Ini berkenaan keputusan Pak Lah yang mahu letak jawatan lebih awal memandangkan tekanan yang beliau hadapi dari dalam UMNO dan dari rakyat Malaysia, yang memang dalam keadaan terdesak.

Keputusan mesyuarat majlis tertinggi UMNO baru2 ini sememangnya amat melegakan ahli2 UMNO khasnya dan rakyat Malaysia umumnya. Setelah kekalahan pilihanraya Mac lalu, dimana, walaupun Barisan Nasional memerintah, kehilangan majoriti 2/3 majoriti kerusi parlimen dan 5 negeri, menunjukkan Barisan Nasional terkena tamparan hebat yang diakibatkan oleh kegagalan Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi untuk mentadbir negara kita dengan baik.

Selepas kekalahan itu, pelbagai desakan dan tekanan yang mahukan Perdana Menteri untuk meletak jawatan, sesuatu yang amat susah untuk berlaku di negara ini atau mungkin tidak pernah berlaku, dengan desakan yang begitu dasyat, terhadap mana2 Perdana Menteri sebelum ini. Saya merupakan salah seorang dari berjuta yang berusaha kearah itu, iaitu supaa Pak Lah letak jawatan.

Tetapi kalau difikir semula, saya rasa kasihan dengan Pak Lah yang terpaksa letak jawatan secara terpaksa tanpa kerelaannya. Betapa dia cuba untuk mempertahankan kredibilitinya yang telah dibuktikan tercabar. Walaupun perasaan kasihan itu ada, tetapi kegagalan beliau adalah salah beliau sendiri, mengapa beliau tidak mentadbir negara ini dengan lebih baik lagi, kenapa beliau tidak mengekalkan imejnya sebagai ‘mr clean’ melalui tindakannya, mengapa sampai sekarang beliau gagal membawa perubahan dalam sistem negara, kehakiman, polis, perkhidmatan awam dan sebagainya?

Kalaulah isu2 tadi diatasi dengan baik oleh Pak Lah sudah tentu kredibilitinya tidak akan dipersoalkan. Seperkara lagi adalah berkenaan isu dasar diskriminasi positif melayu dan isu Islam. Kedua2 isu ini tidak ditangani dengan baik, lihat tentang melayu, Pak Lah tidak membuat sesuatu yang betul2 menampakkan manfaat kepada orang melayu, selain dari yang telah dilakukan sebelum ini. Tentang Islam pula, Pak Lah gagal menangani masalah perbezaan pendapat tentang kebebasan beragama, masalah murtad, masalah roboh rumah ibadat, termasuk surau dan masjid.

Kesimpulannya, kalau saya jadi Pak Lah, saya rasa malu tak tahu nak letak muka kat mana. Memang dasyat apabila orang ramai dah tak mahu kita memimpin dan lagi lama kita memimpin lagi banyak masalah yang akan timbul negara ini.

Harap kalau saya jadi pemimpin besok, jangan terima nasib seperti Pak Lah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s