Rakyat jangan kecewa tentang 16 september – Tukar kerajaan tetap berlaku…

Posted: September 21, 2008 in bangsa, barisan nasional, Kerajaan, negara, pakatan rakyat, perjuangan
Seperti yang telah dirancang oleh Pakatan Rakyat bahawa 16 september lepas, pada hari Malaysia adalah tarikh dimana kerajaan akan bertukar tampuk pemerintahan kepada Pakatan Rakyat. Apabila rancangan tersebut tidak berlaku, saya melihat ramai yang kecewa dengan perkembangan tersebut – bagi saya mereka berhak untuk kecewa kerana harapan mereka tinggi untuk melihat perubahan kerajaan. Harapan itulah yang kita perlu kekal dan tingkatkan kerana ia akan membantu kita memperoleh kerajaan baru pada masa yang akan datang.

Pada hemat saya kekecewaan itu perlu diletakkan kepada arah yang betul. Cuba lihat, dari pihak Pakatan Rakyat, semuanya telah dilakukan, tetapi pihak Barisan Nasional telah melakukan apa sahaja untuk menghalang daripada ianya berlaku. Antaranya, tidak memberikan parlimen bersidang atas sebab bulan puasa. Bagi saya alasan ini bagus dan benar kita perlu menghormati bulan puasa. Apabila perkara yang penting ini berlaku, kita hendaklah paling tidak pun memberi ruang. tetapi kerajaan tetap tidak mahu mungkin takut akan hilang tampuk pemerintahan mereka.

Saya secara peribadi menyifatkan perubahan kuasa pada 16 september adalah mustahil dan terbukti mustahil, bukan kerana saya tidak menyokong Pakatan Rakyat tetapi kerana saya merasakan bukan mudah untuk memastikan rancangan Pakatan Rakyat berjaya dalam masa yang singkat, lebih2 lagi pada masa ini, kerajaan mempunyai alasan yang boleh diterima untuk tidak mengadakan sidang parlimen.

Mungkin sebelum ini saya telah mengatakan bahawa adalah tidak bermoral untuk lompat parti, kini saya mempunyai pandangan yang berbeza. Kalau kita lihat selepas pilihanraya dahulu, ramai tidak menjangka, tetapi ia berlaku, malahan pembangkang pun tidak menyangka sebegitu. Kalau kita lihat sekarang Pakatan Rakyat makin mendapat sambutan rakyat jelata, ini dibuktikan daripada sokongan terhadap Pak Lah yang semakin merudum kepada 43% baru2 ini, persoalannya sokongan itu sekarang pergi kemana? Oleh disebabkan perubahan angin sokongan ini, saya amat yakin bahawa sekarang mungkin majoriti rakyat telah memihak kepada Pakatan Rakyat, tambahan lagi dengan pelbagai kegagalan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Ini semua menunjuk bahawa kalau diadakan pilihan raya sekarang, saya amat pasti Barisan Nasional akan kalah dan Pakatan Rakyat akan menang.

Kesimpulan, harap kita bersabar bersama supaya impian untuk memperoleh kerajaan yang mampu membersihkan negara kita daripada segala kekotoran dan korupsi akan berlaku. Kita berhak untuk kecewa, tetapi kekecewaan itu hendaklah disalurkan kepada pihak yang betul, iaitu Barisan Nasional kerana gagal dan cuba sedaya upaya untuk menghalang Pakatan Rakyat.

Untuk Malaysia yang lebih baik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s