Barisan Nasional – Silalah berubah…

Posted: September 21, 2008 in agama, bangsa, barisan nasional, economy, kaum, Kerajaan, negara, umno

Seperti yang saya katakan dahulu, saya memang amat menyokong sistem yang ada dalam Barisan Nasional, tetapi buat masa sekaranglah, dalam keadaan melayu yang masih ntah kemana dan pemikiran rakyat Malaysia yang masih belum bebas dari politik bangsa kepada poltik liberal demokrasi.

Tetapi kali ini saya menulis bukan nak sebut pasal rakyat, tetapi saya ingin megutarakan beberapa cadangan untuk memulihkan Barisan Nasional. Tulisan ini agak panjang memandangkan saya cuba menyentuh semua aspek bermula dengan pengaruh UMNO sehingga parti2 komponen lain dalam Barisan Nasional.

UMNO

UMNO merupakan parti de facto dalam Barisan Nasional kerana ia yang menentukan nasib parti2 komponen lain dan masa hadapan Barisan Nasional. Itulah sebabnya berubahan yang betul2 membawa kesan mestilah datang dari UMNO. Pak Lah dari dahulu menjanjikan perubahan dalam UMNO tetapi sampai sekarang tiada perubahan yang betul2 menarik keyakinan rakyat terutama orang melayu. UMNO sepatut jadi demokratik, calon2 dipilih hendaklah dipilih oleh rakyat dan bukan pemimpin UMNO, biar ahli UMNO kawasan yang menentukan siapa yang akan memimpin mereka pihak pusat jangan masuk campur, hanya dengan cara ini sajalah yang akan dapat betul2 menarik sokongan ahli kar umbi dan mengelak rasuah dan bodek oleh calon2 yang layak untuk mendapat pencalonan.

Selain itu, lama dulu sistem kuota telah diwujudkan dengan alasan untuk memastikan calon2 yang bertanding memang betul2 mahu bertanding. Kalau ada calon yang mahu main2 sudah tentu dia akan ditolak oleh wakil yang mengundi. Sistem kuota hanya akan menafikan hak calon2 yang lain untuk bertanding dan hanya menggalakkan rasuah memandangkan ada keperluan untuk mendapat bilangan pencalonan yang cukup dan kebiasaannya orang2 yang memegang jawatan tertinggi sahaja yang boleh menbuat peraturan dan mereka sehinggakan melarang ahli2 yang lain untuk berkempen mendapatkan pencalonan, ini tidak adil dan menyebabkan ketidakpuasan hati terhadap pimpinan UMNO dikalangan ahli UMNO sendiri.

Isu yang diperjuangkan UMNO pun patut diubah, daripada mengatakan bahawa orang melayu tuan, orang melayu penduduk asal, orang melayu mempunyai hak, adalah lebih baik UMNO bergerak secara jelas untuk meningkatkan kemampuan orang melayu bersaing dengan kaum lain melayu DEB yang mereka sokong. Saya melihat inilah yang sebenarnya apatut diperjuangkan, bukannya memperjuangkan isu2 yang menakutkan orang melayu. Isu DEB, banyak membantu tetapi dalam perlaksanaan, orang yang layak dari segi merit tidak dapat tetapi yang kenalan dan kroni dapat, inilah yang menyebabkan orang tidak berpuas hati bukan itu sahaja ini hanya akan memusnahkan bangsa melayu kerana ramai yang mendapat kontrak secara kenalan dengan orang atasan ini hanya mampu menjual kontrak dan tidak mampu untuk dengan sendiri membangunkan projek tersebut.

Hubungan dengan parti komponen selain melayu

Perlu diingat bukan UMNO sahaja yang ada dalam Barisan Nasional dan bukan orang melayu sahaja yang mengundi Barisan Nasional. Orang bukan melayu, MCA, MIC, dan lain2 turut terlibat menyumbang kekuatan Barisan Nasional tetapi tindakan UMNO yang amat sering bermain isu kaum terutama hak istimewa melayu hanya melukakan hati parti2 komponen ini dan pengundi bukan melayu amnya. Pengundi melayu sudahlah terbahagi kepada dua (lebih kuranglah), kalaulah orang melayu sahaja hampir 60%, bayangkan kalaulah tanpa undi orang bukan melayu, tak ke kalah jadinya nanti dalam pilihan raya yang akan datang.

Keadilan dalam Barisan Nasional

UMNO sebagai parti de facto dalam Barisan Nasional perlu berperanan sebagai bapa yang adil dimana di dalam sebuah keluarga yang mempunyai banyak adik beradik sudah tentu ada yang kurang mampu dan selalunya lebih perhatian diberikan. Dalam hal ini, yang kurang mampu adalah orang melayu, dalam keluarga bapa mampu membuat anak2 yang lain faham dan menerima mengapa perhatian yang lebih diberikan dan penerimaan anak yang lain amat positif, bergantung kepada cara bapa memahamkan anak2 mereka. Ini peranan UMNO, janganlah ganas sangat perjuang hak melayu, hatilah, jaga perasaan, berhemah, sudah pasti masalah tidak puas hati orang bukan melayu akan dapat dikawal.

Pak Lah perlu letak jawatan

Pak Lah, dulu memang benar dapat sokongan hebat, tetapi ketika dia dianggap sebagai mr clean, tetapi sekarang dia tidaklah se clean yang disangka sama kotornya dengan yang lain. Kalau perbandingan dibuat, sekarang dah lah Pak Lah bukan lagi mr clean, sudah terbukti sepenggal pemerintahan, negara kita dalam keadaan yang tidak keruan, ekonomi tidak bagus, dan macam2 masalah – sila baca berita. Pak Lah mesti letak jawatan, nescaya sebilangan rakyat akan kembali mengundi UMNO dan Barisan Nasional semula.

Saya berharap agar cadangan ini diterima dan diamalkan, percayalah, kalau ini berlaku UMNO dan Barisan akan kembali bertakhta di hati rakyat semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s