Utusan Malaysia memang kuat tipu!

Posted: September 19, 2008 in agama, bangsa, kaum, negara
Ini berikutan berita yang dilaporkan Utusan Malaysia pada hari ini berkaitan isu petisen perlahankan azan:

Masjid akur bantahan bukan Islam

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Kuliah Subuh yang hanya berlangsung seminggu
sekali di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara, Puchong tidak lagi
menggunakan pembesar suara selepas 189 penduduk bukan Islam menghantar
petisyen bantahan.

Bilal masjid berkenaan, Bahrudin Maskor, 47, berkata, petisyen
bantahan dibuat pihak terbabit dengan alasan kuliah Subuh pada setiap
hari Ahad itu menganggu tidur mereka.

“Selepas menerima petisyen pada Februari lalu, nazir masjid, Abdul
Rahman Nasir mengarahkan saya supaya tidak memasang pembesar suara di
menara sebaliknya hanya mengunakan pembesar suara di bahagian dalam
sahaja.

“Bantahan itu hanya untuk hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am
sahaja, untuk hari lain mereka tidak ada masalah malah mengakui bunyi
pembesar suara itu boleh mengejutkan mereka dari tidur,” katanya.

Bahrudin yang ditemani Imam Masjid Batu 12, Puchong, Mohd. Zainal
Khamis berkata demikian selepas memberi keterangan kepada polis
kira-kira pukul 1.30 petang berhubung isu kontroversi petisyen itu di
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Pada 8 September lalu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr.
Mohamad Khir Toyo mendedahkan wujud usaha pihak tertentu yang
dipercayai didalangi salah sebuah parti politik membuat petisyen
membantah azan di Puchong dan Kota Damansara.

Mengulas lanjut, Bahrudin berkata, penggunaan pembesar suara di
menara masjid sewaktu kuliah Subuh telah lama dilaksanakan pihaknya.

Katanya, ia berikutan permintaan golongan wanita Islam di kawasan berdekatan yang mahu mengikuti kuliah itu dari rumah.

“Bagaimanapun kerana petisyen itu, penggunaan pembesar suara di menara masjid dihentikan serta-merta,” katanya.

Ditanya, adakah petisyen itu turut membantah laungan azan, beliau berkata perkara itu tidak dinyatakan.

Ada cakap-cakap di kalangan pihak yang membuat petisyen itu supaya laungan azan turut diperlahankan,” katanya.

Melihat pada artikel ini, saya amat terkejut tindakan media utama bahasa melayu ini yang cuba membuat kekeliruan apabila menyebarkan maklumat yang belum disahkan kebenaran kedalam berita. Rakyat Malaysia secara umumnya membaca Utusan Malaysia, terutama orang melayu. Tindakan tidak bertanggungjawab ini hanya akan meneybabkan permusuhan kaum dan amat mengancam keselamatan negara yang sebenarnya.

Harap para pembaca sedar akan fakta atau pembohongan semata-mata, kita perlu bijak kerana media perdana sekarang hanya berminat mencanang propaganda dan orang lain yang akan mendapat akibat, mereka yang mahu negara ini tidak stabil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s