UMNO & Barisan Nasional patut dihapus!

Posted: September 19, 2008 in bangsa, barisan nasional, kaum, Kerajaan, negara, perjuangan, umno
Saya amat marah apabila melihat pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sekarang terus berdegil tidak mahu turun. Mereka ini adalah golongan yang tidak sedar bahawa rakyat tidak mahu mereka. Saya rasalah kalau pemilihan Perdana Menteri dilakukan dengan pengundian oleh seluruh rakyat Malaysia, pemimpin tertinggi UMNO memang langsung tiada peluang untuk judi Perdana Menteri sebab rakyat terang2 tidak suka mereka.

Mengapa tajuk post ini, UMNO dan Barisan Nasional patut dihapus, kerana satu sebab yang mudah saja, kewujudan ahli2 UMNO yang bodoh yang sanggup ambil bayaran untuk mengekalkan kekuasaan pemimpin mereka yang ternyata tidak sedar diri akan sentimen rakyat. Mereka, pemimpin UMNO ini hanya buat bodoh apabila UMNO dalam keadaan tenat, mereka tahu cara terbaik ialah mereka letak jawatan tetapi mereka degil dan tidak mahu letak jawatan, memang sah pilihanraya akan datang, mereka akan ditolak bulat2 oleh rakyat Malaysia daripada jadi kerajaan.

Sebab kedua mengapa UMNO dan Barisan Nasional ialah kerana kos untuk membaiki UMNO dan Barisan Nasional lagi mahal dari kos untuk memusnahkannya malahan membeli satu parti yang baru akan membuat sistem pemerintahan di negara kita kembali bersih dan segar dari segala korupsi lama.

Sebab ketiga, UMNO dan Barisan Nasional penyebab kita ada masalah sensetiviti kaum. Sekian lama UMNO telah berusaha memastikan orang kampung mempunyai mentali fanatik UMNO dan melayu, kesian mereka kerana ditipu oleh UMNO. Contoh yang paling jelas dalam kes aliran apabila kerajaan BN telah melarang majalah dipublish dalam bahasa melayu supaya majoriti orang melayu yang tidak tahu berbahasa inggeris tidak dapat memahami kandungan majalah tersebut – kes Aliran.

Setelah sekian lama, makin ramai rakyat sudah membuka minda, lebih2 lagi di kawasan bandar, kerana penguasaan bahasa yang lebih advance dan capaian maklumat bebas yang lebih mudah – internet. Di kawasan yang mambangun, ramai wakil rakyat BN kalah, rakyat sudah sedar, tidak lagi di alam kegelapan di bawah BN dahulu yang sentiasa mahu menyorok segala maklumat melalui media propaganda, dan akta rahsia rasmi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s