ISA senjata merbahaya!

Posted: September 14, 2008 in Uncategorized
Akta Keselamatan Dalam Negeri merupakan satu undang2 pencegahan yang diwujudkan berdasarkan artikel 149 perlembagaan persekutuan. Ia memberi kuasa yang besar kepada kerajaan untuk menahan sesiapa sahaja tanpa sebab, selama 60 hari, dan boleh dilanjutkan, jika pihak kerajaan berpuas hati bahawa individu tersebut melakukan apa2 yang mengundang ancaman kepada keselamatan negara.

Parti pemerintah

Satu fakta yang tidak boleh ditolak disini ialah kita duduk di dalam negara demokrasi dimana rakyat mengundi untuk memilih kerajaan daripada kalangan parti2 politik yang bertanding. Parti2 politik sudah tentu melakukan apa sahaja yang perlu untuk menjaga survival kekuasaan mereka walau apa pun caranya. Tetapi kita perlu sedar hakikat bahawa kerajaan kita adalah datang dari parti politik ini yang dipilih rakyat dan parti politik yang memerihtah sudah tentu mahu mengekalkan kekuasaan mereka sebagai pemerintah.

Dalam melakukan tugas sebagai kerajaan parti pemerintah tidak bebas dari melakukan kesilapan atau sengaja melakukan apa yang silap itu di dalam erti kata “perlu untuk melakukannya” demi menjamin survival mereka. Tetapi kadang2 mereka juga tersilap langkah, apabila tindakan mereka bertentangan dengan apa yang difikir oleh rakyat contohnya berkenaan harga minyak dan juga ISA. Akibatnya populariti ketua kerajaan menurun dari hampir 90% pada awal perlantikannya kepada 43% kini, ini amat buruk dan tidak bagus untuk Barisan Nasional.

ISA

Jikapun kerajaan perlu untuk melaukan sesuatu yang boleh dianggap melampaui batas undang2, maka lakukanlah dalam batasan yang dipersetujui oleh rakyat supaya sentimen rakyat terhadap parti politik tidak akan megurang – ini penting supaya parti pemerintah tidak kalah pada pilihanraya yang akan datang. Contohnya penggunaan ISA, secara peribadi saya menganggap ISA harus dihapuskan walau banyak manfaatnya, ini kerana ia memberi kuasa yang amat besar kepada kerajaan tanpa boleh dipersoalkan di mahkamah. Seringkali kuasa ini disalahguna dimana individu yang melakukan perkara yang secara logik tidak ancam keselamatan negara, termasuk yang dituduh mengancam keselamatan negara ditahan berpanjangan tanpa tindakan ini dipersoalkan di mahkamah.

Apabila kuasa sebegini besar diberi kepada kerajaan, rakyat yang akan menderita, kerajaan boleh sahaja menahan sesiapa sahaja tanpa perlu memberi sebab hanya perlu patuhi prosedur, itu saja. Tambah pula dengan trend mahkamah yang masih ragu2 untuk menggunakan natural justice dalam membicara kes2 seperti ini dengan melihat sama ada betul atau tidak seseorang itu telah mengancam keselamatan negara.

Apa boleh buat?

Bagi rakyat yang layak mengundi, tugas kita kalau kita kurang setuju dengan ISA, maka dalam pilihanraya jangan undi parti yang menyokong ISA. Bagi yang mampu memberi penerangan tentang ISA, luaskan lagi komunikasi anda tentang ISA kepada masyarakat sekeliling tentang perlunya melakukan sesuatu untuk memastikan kerajaan menghapuskan ISA. Bagi yang terlibat dalam perundangan pula, lebih2 lagi yang punyai locus standi, perlu membawa kes ini ke mahkamah dengan hujah yang baik supaya ISA digunakan dengan cara yang baik ataupun sehingga mahkamah menilai ISA sebagai bertentangan dengan perlembagaan persekutuan, hakim pula patut sedar akan tujuan ISA ini, untuk komunis dulu, intention of parliament, head of govt Tun Abdul Razak pernah kata bahawa ISA akan ditamatkan setelah tiada komunis, maka dengarlah dan ambil kata2 ini dan tafsirkan perlembagaan dengan cara ISA dihapuskan.

p/s: Saya percaya kerajaan BN akan hapuskan ISA, suatu hari nanti, sama2lah kita berharap…

Comments
  1. Dr.Siddiq Azani says:

    ISA – PERLU.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s