Tiga ditahan ISA

Posted: September 13, 2008 in Uncategorized
Saya amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa tiga orang telah ditahan dibawah ISA semalam. Antara yang ditahan adalah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Ini merupakan satu perkembangan yang amat mengejutkan dan mungkin tidak sihat keatas amalan demokrasi di negara ini.

Satu langkah yang salah

Seperti yang telah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir, bahawa BN telah menghadapi krisis dan sedang sakit dan rakyat sedang menunjuk kepada BN protes jika ia tidak mahu berubah – maka mungkin rakyat akan menolak sepenuhnya BN daripada tampuk oemerintahan negara ini. Ini menunjuk bahawa keadaan BN amat genting dan segala tindakan hendaklah dilakukan secara teliti dan berhati2 supaya tidak merosakkan lagi sokongan terhadap Barisan Nasional.

Tindakan menahan dua orang wanita Cina, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng adalag sesuatu tindakan yang amat tidak bermanfaat kepada BN. Ini adalah disebabkan keadaan BN yang memerlukan segala sokongan yang boleh didapati dari setiap kaum, lebih2 lagi kaum Cina – tindakan ini akan meneyebabkan wujud sentimen memusuhi dikalangan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional. Saya sebagai seorang yang dari dulu menyokong sistem kerjasama yang ada dalam Barisan Nasional – tidak kepada amalan kotor pemimpinnya, berasa amat sedih dengan perkembangan ini. Saya amat ingin melihat Barisan Basional kekal menjadi kerajaan atau mendapat semula majoriti 2/3 di Parlimen.

Adakah ia membangkit ketidaktenteraman awam?

Isu kedua yang saya fikir penting untuk dinyatakan disini adalah berdasarkan soalan tajuk di atas. Mengikut laporan Utusan Online, penahanan Teresa dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa beliau mengeluarkan arahan melarang azan dilaungkan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid dan surau – tentang perkara ini, saya telah terbaca bahawa Teresa telah menafi segala tuduhan tersebut pada beberapa hari yang lalu, ini mungkin hanya kerja penyebar sms tidak bertanggungjawab – sepatutnya pihak polis patut menunjukkan bukti sahih yang tidak boleh dipertikai bahawa beliau memang2 berkata dan melakukan perkara yang demikian.

Hoon Cheng turut ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan laporan wartawan itu dalam akhbar Sin Chew Daily yang memetik kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang mendakwa orang Cina Malaysia adalah pendatang di negara ini. Saya mungkin tidak pasti apa yang ditulis oleh wartawan ini, tetapi apa yang lebih penting adalah siapa yang memulakan insiden ini, siapa yang memetik picu sehinggakan perkara ini melarat. Saya setuju bahawa Ahmad Said yang patut ditahan bawah ISA, kerana kenyataan beliau amat tidak bertanggungjawab memandangkan ia hanya membawa banyak kerosakan kepada parti yang pada realitinya dalam keadaan yang amat lemah – dan sikap berhati2 amat perlu dalam segala usaha dan kenyataan supaya sokongan terhadap Barisan tidak akan berkurang malah bertambah.

Tentang Raja Perta, saya bersetuju dengan sebab diberikan memandangkan alasan yang diberikan dapat dibuktikan melalui apa yang ada dalam blognya.

Tarik rambut dalam tepung

Ini adalah pepatah melayu yang membawa maksub melakukan sesuatu tanpa menjejaskan yang lain. Bagi saya inilah strategi yang patut diambil oleh pucuk pimpinan UMNO dan BN memandangkan telah terbukti sokongan terhadap kita amat meruncing kini. Tindakan kita hendaklah berhati2 supaya kita tidak mengguris hati masyarakat Cina, bukan itu sahaja perasaan pengundi melayu yang mengundi pembangkang pada pilihanraya lalu pun amat patut dijaga supaya mereka kembali menyokong BN pada pilihanraya yang akan datang. Saya amat pasti bahawa penahanan dibawah ISA ini amat membawa kesan buruk terhadap kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional.

Demi negara Malaysia yang tercinta, saya mohon pemimpin negara untuk mempertimbang semula – untuk kebaikan kita juga…

Comments
  1. Dr.Siddiq Azani says:

    apo besau no tulisan ko ni din?kecik sikit la. sakit mata.

    aku rasa aku sependapat dengan ko dlm isu ni. patut ahmad ismail tu yang kne thn isa. wartawan hanya melaporkan. biasalah tu memang kerja wartawan.

    isu teresa kok – mesti ada yang tak kena. kalau tak masakan pokok bergoyang walaupun tiada angin? biasalah dia menafikan, semua orang menafikan. anwar sodom menafikan. najib menafikan. khairy menafikan. tapi adakah penafian itu membuktikan kebenaran di pihaknya?

    isu teresa masih tak jelas oleh itu isa wajar ke atasnya buat sementara waktu sementara polis membuat siasatan lanjut. 60 hari je. sabarlah teresa ye.

    RPK?? isa tu dah lebih dari halal untuk RPK!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s