Tun kembali dalam UMNO?

Posted: September 10, 2008 in Uncategorized
Saya rasa cerita ini bukan lagi ura2, memang betul kerana keluar dari mulut Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri. Apa2 pun saya ingin nyatakan betapa gembira dapat melihat Tun kembali dalam UMNO semula. Sebagai seorang yang berjasa kepada negara Tun memang patut kembali dalam UMNO untuk membuat sedikit pembetulan memandangkan keadaan UMNO semakin tenat.

Sebelum ini, ada berkali2 cabaan memujuk Tun kembali dalam UMNO, saya secara peribadi telah mendengar syarat yang Tun letak untuk kembali dalam UMNO, iaitu Pak Lah letak jawatan. Sebelum ini mungkin umum telah menerima bahawa Tun seorang yang sukar nak ubah keputusan tetapi kali ini saya pasti demi kebaikan UMNO dan orang melayu amnya, tindakan Tun mengetepikan prinsipnya merupakan satu tindakan yang amat mulia.

Walaubagaimanapun, banyak kali Tun mengatakan bahawa beliau tidak boleh berjuang seorang di dalamn UMNO, beliau perlu sokongan dan atas alasan itu saya meminta agar ahli2 UMNO untuk menyokong beliau kerana saya percaya, oada saat ini hanya Tun seorang sahaja yang boleh memberi satu penyelesaian kepada masalah UMNO yang sudah kronik ini. Biarlah doktor UMNO ini lakukan sesuatu untuk UMNO dan ahli2 UMNO, silalah sokong.

Lupakanlah sekejap kehendak untuk lebih duit melaui rasuah yang diberi, dengarlah dan terima cadangan Tun supaya UMNO dapat kembali mendapat kekuatan yang sebenar. Saya percaya Tun memang dari dulu merupakan champion nasib orang melayu. Kalau ahli UMNO masih tidak boleh terima Tun, maksud, menyokong apa yang beliau lakukan, maknanya ahli2 UMNo hanya lebih fikir periuk nasi sendiri daripada perjuangan bangsa yang merupakan tunjang UMNO itu sendiri.

Hidup UMNO!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s