lompat parti?

Posted: September 10, 2008 in Uncategorized
mungkin isu lompat parti merupakan satu isu yang amat menarik untuk diperdebatkan. sebagai seorang pelajar undang2, saya pada semester lepas telah belajar tentang anti-hoping law dalam subjek perlembagaan. bagi saya topik ini amat menarik memandangkan apa yang sedang berlaku di negara kita sekarang.

di dalam pilihanraya sesebuah negara demokrasi, rakyat memilih kerajaan melalui pilihanraya. di negara kita pemilihan itu akan berdasarkan siapa yang memenangi paling banyak kerusi dalam parlimen akan memerintah dan bukan yang memenangi undi yang paling banyak yang akan memerintah. itulah asas negara demokrasi berparlimen.

sudah tentu di dalam mana2 pilihanraya, rakyat telah menunjuk kepercayaan dengan memberi menang kepada mana2 wakil rakyat atau ahli parlimen, tidak kira pembangkang atau kerajaan. sebagai hasil, calon yang mendapat undi paling banyak itu akan menang dan menjadi wakil rakyat bagi sesuatu kawasan. semua harus menerima kerana ia adalah suara majoriti.

apabila rakyat memilih seseorang wakil, dalam erti kata lain, kepercayaan telah diberikan. sebagai contoh, kalau wakil pembangkang menang, rakyat sudah memberi kepercayaan kepada beliau, dan kalau wakil kerajaan menang, kerajaan telah menerima kepercayaan rakyat. ini menunjukkan suara keputusan ramai berkenaan tawaran2 mana2 parti dan tindakan pengundi merupakan satu penerimaan. secara tidak langsung, ini seolah2 macam satu perjanjian, sehingga rakyat sendiri mengubahnya pada pilihanraya yang akan datang.

sekarang apa yang kita dengar adalah ramai wakil rakyat bn akan lompat parti, sejauh mana tindakan ini boleh diterima? pada pendapat saya, saya amat membantah lompat parti kerana, seperti saya katakan tadi, ia merupakan satu perlanggaran kepada perjanjian yang telah dibuat diantara rakyat dan wakil yang mereka percayai. tindakan lompat parti merupakan satu pengkhianatan kepada kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat.

jikalau di dalam sebuah kes di kelantan, dimana mahkamah menolak perlaksanaan undang2 anti lompat atas dasar hak untuk mejadi ahli kepada mana2 badan, saya berpendapat sebaliknya. ini kerana kebebasan yang wujud perlu ada justifikasi, kalau kita mahu kata bahawa kita lompat parti boleh diterima tanpa memikirkan perjanjian dan kepercayaan rakyat, ini sudah menjadi sesuatu yang pada asasnya salah. memang ada kebebasan, tetapi kebebasan itu perlu ada hakikat yang berbatas kepada sesuatu yang positif, contoh adakah sesuatu kebebasan itu boleh diterima jika ia mengkhianati perjanjian yang dibuat pada masa terdahulu?

DSAI perlu tunggu sampai pilihanraya depan untuk jadi kerajaan, janganlah khianati kepercayaan rakyat, janganlah membuat orang lain mungkir janji, ini tidak bagus dan tidak boleh diterima…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s