Jangan gadai keamanan negara!

Posted: September 10, 2008 in Uncategorized
Saya memanggil agar semua pihak tidak kira kerajaan atau pembangkang menghentikan segala usaha untuk kepentingan sendiri yang akan menyebabkan kemusnahan terhadap keamanan negara yang kita capai.

Seruan ini adalah hasil pemerhatian saya dan dari khabar2 yang mengatakan akan berlaku huru hara dalam penggal pemerintahan kali ini. Ingatlah, bukan mudah untuk kita dapatkan perpaduan ini yang telah lama kita usahakan bersama sehingga membawa negara dalam keadaan yang sejahtera sekian lama.

Saya mohon agar pihak UMNO supaya tidak memainkan isu hak melayu dengan cara yang offensif atau melampau kerana ia hanya akan menyebabkan negara kita akan mengalami kerugian dan kehidupan rakyat tidak akan menjadi aman. Kepada pihak pembangkang dan NGO, sila jangan ungkit hal social contract dengan melampau kerana saya khuatir akn isu ini diguna untuk mewujudkan ketidakstabilan yang amat ditakuti.

Segala usaha rundingan mahupun tentang hak samarata atau hak beragama perlu diadakan secara berhemah dan adil. Kepada badan2 yang membawa isu kaum, hendaklah dilakukan dengan sederhana dan berhemah supaya sensitiviti tidak tergugat. Media juga patut memainkan peranan untuk tidak mengadu-domba isu ini.

Ingatlah tiada apa yang akan kita dapat jika negara di dalam keadaan huru-hara dan tidak stabil. Kepada orang ramai, hendaklah bertenang dan tidak berfikiran fanatik atau taksub melampau, buatlah keputusan berdasarkan fikiran yang waras dan jangan terbawa2 dengan emosi dan perasaan.

Perjalanan kita masih jauh, jangan korbankan apa yang kita miliki bersama…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s