16 september – tidak mungkin!

Posted: September 8, 2008 in Uncategorized
Pada saya 16 september memang sukar untuk jadi kenyataan kerana langsung tiada bukti konkrit dari PKR untuk merealisasikan objektif tersebut. kalaupun berjaya, kerajaan tersebut tidak akan tahan lama dan cepat jatuh, kerana pakatan rakyat bentuk kerajaan akan jadi tidak stabil pada pilihanraya yang akan datang malah bn pula akan jadi lebih stabil.

kalaupun pkr berjaya tarik cukup mp untuk lompat, ini sudah mengkhianati kepercayaan yang diberi pengundi, dan ramai yang akan kecewa daripada tindakan tersebut. apabila mereka kecewa, sudah tentu pada pilihanraya yang akan datang pengundi akan menolak pakatan rakyat. memang sudah pasti bahawa pakatan rakyat, kalaupun berjaya, akan menjadi kerajaan yang tidak stabil dan besar kemungkinan akan hilang tampuk pemerintahan.

bagi saya, tidak usahlah nak sibuk tarik orang, tunggu pilihanraya akan datang barulah guna pengundi untuk sokong, barulah, rakyat berpuas hati kerana mereka yang pilih kerajaan tersebut. kalau sekarang nak tarik mp bn, akan datang pkr hanya memusnahkan peluang mereka. lihatlah, kalau berjaya, dengan lompat itu, pkr tiada masa yang cukup untuk laksana manifesto, lalu akan sebabkan rakyat kecewa dan berbalik sokongan pada barisan nasional.

mengapa bn lebih stabil? mudah saja, kalau pkr dapat jadi kerajaan 16 september, sudah pasti kerajaan bn yang tumbang itu akan melakukan perubahan yang begitu drastik untuk menarik semula sokongan rakyat – bagi saya kalau umno tak jadi government, lagi banyak peluang untuk bermuhasabah diri daripada merebut jawatan dalam kerajaan – memang rakyat akan kembali sokong bn – tapi pak lah kene letak jawatan.

16 september susah bagi pakatan rakyat – kalau jadi pun pkr tidak akan pegang tampuk pemerintahan lama – bn akan dapat sokongan selepas pembaikan dan muhasabah atau pak lah letak jawatan – kedua2 kemungkinan tidak bagus untuk pakatan rakyat…

Comments
  1. Anonymous says:

    Kalau pada 16 Sept ini kerajaan baru dibawah PR menjadi kenyataan, ia akan kekal lama kerana alasan yang mudah iaitu perubahan ini akan membawa kebaikan kepada rakyat dan negara. BN akan memerlukan masa yang lama untuk dipercayai kalaupun rakyat masih simpati kerana kerosakkan yang telah dilakukan bukan satu perkara yang mudah hendak dilupakan oleh rakyat Malaysia yang matang lagi siuman.

  2. Anonymous says:

    tulisan ko takde class la. mcm ayat pasar je. susunan ayat tak menarik. tp content ok.

  3. Nur Ili Athirah says:

    din, u have such broad political view.. i like reading your posts because it gave different dimension of political scenery especially from student point of view…keep up the good work! =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s