Perjumpaan dengan Tun!

Posted: September 6, 2008 in Uncategorized
Semalam, hari jumaat, saya dan beberapa pelajar UiTM telah berjumpa dengan Tun setelah Tun bersetuju diatas salah seorang di antara kami yang menghantar permohonan untuk bertemu beliau. Perjumpaan tersebut berlangsung di Bangunan 88 di berhampiran belakang masjid negara. Pertemuan itu diadakan sebaik sahaja kami selesai menunaikan solat jumaat di masjid negara.
Banyak isu yang telah diperkatakan – saya agak berbangga mendapat peluang ini kerana, di awal bicara Tun mula dengan kenyataan, “…tanyalah, kalau ada apa kemuskilan…”. Pada awalnya ramai yang reluctant untuk tanya, maklumlah peluang sebegini agak besar dan memang jarang jadi mungkin masing2 masih terperanjat dapat peluang jumpa Tun.

Banyak isu yang dibincangkan, antaranya isu melayu, 10% kuota bukan melayu UiTM, wawasan 2020, isu orang arab dan Palestin, isu bagaimana sesebuah kerajaan boleh buat duit dengan melabur terhadap projek, projek2 mega, Dato’ Seri Abdullah Badawi dan kerajaan sekarang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pengalaman politik beliau.

Melayu

Hampir seluruh perbualan melibatkan isu melayu memandangkan itulah isu dari dahulu sehingga sekarang dan mungkin kami semua orang melayu jadi tidak boleh alih dari isu orang melayu. Tun banyak kali mengualang bahawa sudah 22 tahun dia minta orang melayu bekerja sungguh2, belajar sungguh2, dan berjaya tetapi sampai sekarang masih tidak membuahkan kesan. Katanya kita sekarang kalau nak samakan kedudukan dengan orang Cina, kita perlu bukan sahaja berusaha sama seperti orang Cina malah lebih kerana kita perlu mengejar kemajuan mereka dimana satu usaha yang amat bersungguh2 amat perlu.

Dalam membicara isu ini pelbagai persoalan lain yang timbul yang turut dijawab oleh Tun. Antaranya adalah soal adakah DEB ini kekal dan adakah sekarang hak melayu ini stabil. Tun menjawab, DEB adalah satu dasar diskriminasi positif yang diguna untuk membawa orang melayu yang minoriti dari segi ekonomi supaya berada sama taraf dengan orang Cina dan seharusnya tidak kekal. Beliau juga menyatakan bahawa hak di dalam artikel 153 perlembagaan adalah soal interpretasi undang2 dan setakat ini kedudukan kita, katanya tidak kemas dan tiada satu jaminan bahawa DEB adalah sesuatu yang akan kekal memandangkan interpretasi akan berubah dan mungkin mahkamah akan mentafsir bahawa artikel 153 bukan lagi untk diskriminasi positif.

Isu Cina keluar dari Malaysia turut bangkit, dimana Tun membanyangkan bahawa jika orang Cina meninggalkan Malaysia untuk balik ke negeri China, orang melayu masih belum bersedia untuk mengambil alih ekonomi negara ini. Ini disebabkan kebelakangan ini, kerajaan China amat bersungguh2n memanggil balik warganya di luar negara supaya balik ke China untuk mengajar China tentang ekonomi kapitalis dengan pulangan lumayan. Tun mengatakan bahawa seorang rakan Cinanya telah balik ke China kerana ditawar sebidang tanah yang amat besar untuk diusahakan.

Tun juga membangkit isu orang melayu dalam isu usaha dalam bidang perniagaan dimana apabila orang melayu dapat kontrak atau ap, ianya dijual sebaliknya tidak diusahakan sehingga projek2 ini sebenarnya jatuh ke tangan orang Cina atau pun tidak dapat dilakukan dengan baik memandangkan keuntungan yang sudah berkurang akibat ali baba. Tun berkata ini amat buruk kerana bantuan projek tersebut adalah untuk orang melayu memajukan diri mereka dan bukan untuk mengambil jalan mudah untuk menjual kontrak.

Isu UiTM

Tun kata bahawa beliau berpendapat perlu ada kewujudan orang Cina dalam universiti kerana ini dapat memberi persaingan. Beliau pada satu ketika pernah berkata dengan Tun Lim Liong Sik untuk melakukan pertukaran kuota dengan kolej Tunku Abdul Rahman dimana, 30% Uitm dibuka kepada orang Cina manakala 30% kuota kolej TAR dibuka kepada orang melayu, tetapi katanya pelan itu tidak dilaksanakan.

Tun juga memuji UiTM kerana berjaya melahirkan pelajar yang kebanyakannya mempu bertutur fasih dalam bahasa Inggeris. Sambil berkata tentang UiTM, Tun sempat menerangkan kepentingan bahasa Inggeris, kerana katanya, mahu tak mahu, dalam bidang pekerjaan, kita mesti berbahsa Inggeris kerana bahasa yang digunakan bahasa inggeris, kalau dalam interview, apabila ditanya dalam bahasa inggeris, budak melayu kata, tolong tanya dalam bahasa melayu, bagaimana dia nak kerja nanti.

Saya akan sambung yang lain kemudian, nak buka dulu dan sekarang agak sibuk kerana minggu ni ada mooting…

Comments
  1. Anonymous says:

    Did u realize that he almost shed his tears as when mentioning about his hopes towards young Malay Malaysians..

    p/s: “Aku” is a first-person pronoun in Malay language that is used when talking to (1) God, (2) peers of same or younger age, or (3) show degradation in respect.

    WALlahu’alam

  2. Ilani Wahed says:

    wow interesting..
    u’re very lucky to meet Tun..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s