Anwar tak layak jadi PM? – Dr. Siddiq

Posted: September 4, 2008 in Anwar, Konspirasi, politics
Tags: , , ,

Sebelum saya menulis panjang ingin dulu saya berutahu bahawa betapa besarnya risiko yang saya ambil untuk menulis tentang politik. Saya telah mendapat pelbagai rintangan yang menyebabkan penulisan saya terencat sebentar dan boleh dikata ancaman itu amat menggugat masa depan saya. Tapi saya agak tidak berpuas hati memangdangkan apa yang yang timpa kerana orang lain juga menulis pasal politik tetapi mereka tak kena apabila sahaja saya tulis politik saya kena. Untuk makluman saya punya tulisan ni pro Anwar sikit – tuan2 dan puan2 nilailah sendirlah…

Saya terpanggil untuk menulis untuk menjawab segala kritikan, sekadar yang mampu, daripada satu artikel yang mendapat sambutan yang amat hebat di blog Dr. Siddiq – tajuknya:

Why Anwar Cannot Become The Prime Minister

saya harap para oembaca dapat lihat dululah post memang hebat!

Berbalik kepada tujuan saya tadi, ada banyak isu yang perlu dinyatakan disini yang utamanya berkisar terhadap dasar yang akan dibawa oleh DSAI jika beliau berjaya menjadi Perdana Menteri. Selain itu, turut dibincangkankan adalah masalah pengaruh luar iaitu Amerika dan Yahudi dengan DSAI. Turut dibincangkan juga kedudukan orang melayu yang membantu DSAI yang disifatkan sebagai pembelot bangsa yang tidak bersyukur. Sebenarnya banyak yang diperkatakan – banyak persoalan diantara mengimbangi sama ada untuk mengekal UMNO untuk masa depan bangsa melayu atau untuk memilih pakatan rakyat supaya memperbaiki segala kepincangan yang sudah lama bersarang di dalam pentadbiran negara kita.

Dasar Pakatan Rakyat

Saya akan bincang perkara ini satu persatu. Bermula dengan perubahan dasar yang akan berlaku jika beliau dilantik menjadi PM. Yang utama disini, yang menjadi isu debat hangat adalah pembahagian keuntungan negara dengan adil dan saksama hanya kepada yang layak menerima serta penghapusan dasar ekonomi baru untuk memberi jalan supaya satu cara baru untuk menangani masalah konflik berbilang kaum di Malaysia dapat diusahakan. Sebelum saya pergi jauh perlu diberitahu bahawa dalam manifesto pakatan rakyat tiada sebarang usaha atau niat untuk mencabar artikel 153 dan mana2 berkaitan, apa yang diusahakan adalah untuk memastikan agar penyelesaian baru dapat ditemui memandangkan pemilikan bumiputra masih rendah dan tidak mencermin komposisi kaum di Malaysia.

Memang diakui bahawa dasar ekonomi baru dahulu amat berjaya, ini dibuktikan daripada taraf hidup majoriti masyarakat melayu sekarang yang duduk di dalam lingkungan golongan sederhana. Tetapi apa yang menghairankan adalah setelah dasar tersebut berjaya membantu orang melayu untuk membebaskan diri mereka dari alam kemiskinan dan kebergantungan kepada pertanian, ekuiti dari segi pemilikan mereka masih kurang atau jauh di bawah standard yang patut ada memandangkan melayu adalah majoriti di Malaysia. Dahulu ada yang mengatakan bahawa pemilikan private enterprise orang melayu, termasuk glc, adalah sebanyak 21% tetapi sekarang ia megurang menjadi 18% dan akalu ditolak, pemilikan yang berkaitan dengan glc dan kerajaan, hanya tinggal sebanyak 3% – ini dikata oleh DS Prof Dr Ibrahim Abu Shah, VC UiTM.

Sudah jelas melalui keadaan sekarang bahawa dasar ekonomi baru tidak lagi membantu orang melayu sebaliknya makin hari makin mengurang penguasaan orang melayu di dalam ekonomi yang dikatakan punca tidak puas hati melayu terhadap orang Cina di negara kita. Apa yang dikata oleh Pakatan Rakyat ada benarnya bahawa kita tidak kemana, yang kita perlu satu perubahan yang radikal untuk memastikan nasib orang melayu betul2 terbela. Pakatan Rakyat mencanagkan agar ekuiti negara diberi secara adil kepada semua kaum dengan orang yang susah dibantu tanpa mengira kaum. Daripada sini kita boleh mengambil pendapat bahawa sudah tentanu orang melayu akan mendapat manfaat lebih2 dengan jumlah orang melayu susah yang lebih ramai.

Kalau sebelum ini, deb membantu orang yang tidak layak termasuk yang kaya raya, kini, selepas deb dihapuskan dan diganti, kita akan punyai lebih banyak wang untuk membantu orang miskin dan bantuan yang dapat diberi kepada orang miskin dengan jumlah yang lebih banyak lagi. Orang yang mampu tak perlu dibantu tetapi orang yang tak mampu yang perlu dibantu. Kita akan mendapat banyak lagi kebaikan, kerana dangan pertambahan jumlah wang, kita dapat meningkatkan bantuan kepada orang susah dan dengan wang lebih itu definisi orang susah dapat ditingkatkan dan secara langsung menambah jumlah orang yang boleh mendapat kebaikan.

Satu lagi, di dalam deb, banyak kontrak diberi kepada orang melayu, dan kebanyakan kes ditunjuk, kontrak ini dijual kepada orang cina atau orang lain tanpa sebarang usaha untuk betul2 melakukan kontrak itu denga sendiri. Ini akibat deb yang menberi ruang kepada pemberian kontrak sesuka hati keapda orang tertentu yang sepututnya diberi secara terbuka supaya orang melayu yang betul2 layak mendapat kontrak tersebut. Inilah yang berlaku di dalam UMNO, dimana kontrak binaan hanya berlegar dikalangan mereka, hanya orang mereka sahaja yang dapat dan selalunya projek akan sampai ditangan akhir yang terpaksa membuat secara alakadar meandangkan keuntungan dah menjadi kurang.

Ini bagi saya merupakan pengkhianatan besar terhadap orang melayu apabila kita pecah amanah terhadap apa yang telah diperuntuk untuk kebaikan orang melayu dan bukan untuk kebaikan orang2 yang tertentu sahaja – ini wujud dalam UMNO – kata TUN di dalam sebuah majlis di Shah Alam baru2 ini.

Golongan tidak bersyukur

Ada juga yang turut mengatakan bahawa orang melayu yang menyokong DSAI memang tidak bersyukur berdasarkan bantuan yang diberi oleh UMNO melalui DEB selama ini yang membantu orang melayu – mereka sanggup mengatakan bahawa ini adalah satu pengkhinatan terhadap agama, bangsa dan negara! Bagi saya ini langsung tidak boleh diterima kerana kita memandang di dalam skop yang rigid dan sempit. Kepada yang berpemikiran sedemikian sila jawab soalan ini. Adakah niat kita, oarng melayu untuk memperbaiki nasib orang melayu dengan memilih sebuah kerajaan baru yang dalam posisi yang lebih baik untuk melaksanakan perubahan untuk kebaikan orang melayu sendiri, digolongkan sebagai pengkhianat? Adakah niat kita untuk tidak menyokong orang yang mengamalkan rasuah yang melampau di dalam ruang lingkup perlakasanaan deb, yang sepatut diterima oleh orang melayu secara amnya, sebagai pengkhianatan kepada bangsa?

Pada pandangan saya, pengkhianat sebenarnya ialah orang yang bermati2 matian menyokong sebuah badan atau seseorang yang sudah terang2 diketahui sebagai rasuah. Bukan sahaja tahu dan dikenali pertubuhan2 ini dengan rasuah malah dikalangan mereka mengaku tetapi pucuk pimpinan tidak pernah bersungguh2 untuk bawa perubahan yang betul2 membaharui kegiatan rasuah ini. Kalau saudara tak percaya bacalah sendiri, akhbar Mingguan Malaysia ahad lepas ada satu interview dalam bahagian rencana yang mana ada pengakuan yang jelas bahawa rasuah itu wujud dan tiada langsung usaha untuk membanteras atau perubahan dilakukan oleh pucuk pimpinan – untuk makluman antara yang ada dalam interview Ibrahim Ali dan seorang ahli parlimen UMNO, saya tak ingat namanya.

Orang yang menyokong inilah yang mahu perkara2 rasuah ni kekal dan merekalah yang sebenarnya melakukan pengkhianatan besar kerana mereka memberi lampu hijau kepada parti yang sudah jelas korup untuk terus menjadi korup. Ada juga yang berkata berkaitan bantuan yang dapat masa belajar dahulu, dan kata graduan professional sekarang tak hargai budi bangsa. Fikirlah semula bahawa kerajaan yang ada hanya memegang amanah rakyat, mereka hanyalah hamba kepada rakyat, merekalah yang patut bersyukur kepada rakyat kerana memilih mereka menjadi kerajaan, rakyatlah yang memberi mereka amanah. Tetapi sekian lama rakyat diperbodohkan, kata dalam pilihanraya nak tolong melayu tetapi selepas menang orang melayu yang dicekiknya dengan pemberian konrak dan penjualan kontrak kepada orang yang sebulu tanpa mengira kepakaran dan kelayakan sebenar.

Kepada yang mendapat bantuan di bawah kerajaan sekarang fikir hanya kerajaan itu sebagai, tidak lebih sekadar pemegang amanah rakyat, bukan kerajaan yang bagi duit dan bantuan sebaliknya rakyat yang meluluskan bantuan itu dengan memberi mandat kepada kerajaan tersebut – rakyat yang punya duit, jadi istillah terhutang budi kepada kerajaan tidak wujud, yang wujub hanya kepada negara dan rakyat – dan buatlah keputusan berdasarkan cinta negara dan rakyat bukan cinta pada mana2 political party semasa mengundi, jangan sayang satu perkara yang akan memusnahkan negara dan mengkhianat rakyat yang sebenarnya melalui rasuah dan kelembapan mentadbir negara.

Mengekalkan UMNO

Saya ada  kawan, dia cerita masa mak dia nak pangkah undi, mula2 nak pangkah DAP tetapi akhirnya pangkah BN – kerana takut tragedi 13 Mei berulang lagi. Di sini dikalangan rakyat, malah golongan tua sendiri ada kesedaran bahawa UMNO itu telah bermasalah. Ada juga orang2 kampung yang kata UMNO dulu banyak jasa dan memang benar ini, saya tidak nafi, tetapi sekarang pemimpin UMNO memang tak boleh pakai, rasuah dan tiada usaha yang betul2 konkrit mahu mengubah – sampai Tun Dr. Mahathir sendiri keluar UMNO untuk cuba memperbaiki UMNO daripda penyakit tetapi hati penyakit itu lebih keras daripada pengaruh Tun, dan lihat ahli UMNO, walau sedar ada penyakit tetapi mahu terima baik penyakit itu dan mempertahankannya, memang UMNO akan musnah kalau sikap ini kuat dikalangan majoriti ahli UMNO.

Dulu UMNO memang berjasa, saya sampai nak menangis baca cerita pasal orang UMNO berjuang untuk melayu zaman Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman, sampai rasa macam tak patut fikir balik. Tetapi setelah melihat keadaan sekarang memang pilihan terbaik adalah untuk membuatkan UMNO kalah dan tak jadi kerajaan. Kepada penyokong UMNO, jangan sokong UMNO, biar UMNO tak jadi kerajaan satu term, biarlah orang dalam UMNO, pemimpinnya bertarung untuk muhasabah sementara parti lain jadi kerajaan, saya amat pasti hati rakyat akan kembali semula. Bagi UMNO rehat, bagi UMNO bersih, bagi UMNO jadi suci, barulah UMNO tidak akan dikalahkan, barulah UMNO akan jadi parti apabila penyokongnya menyokong parti lain, maka itu baru dipanggil pengkhianatan, tetapi kalau UMNO sekarang kalau kata tak seia dan khianat saya nak muntah!

Comments
  1. din buncit – a reluctant blogger…

  2. tang hak istimewa org melayu yang membuatkan melalyu semakin lemah bersaing – sesuatu yang relevan dan saya sependapat dengan din buncit.

  3. Rosiskc Mugabe says:

    Tentang tuduhan kpd Azmin Ali, kacang lupakan kulit dan sebhg lg teknokrat berjaya yg dahulunya, pengajian ditanggung kerajaan;

    Sy sama sekali x b’setuju dgn sudara Sidiq. Sy sependapat dgn saudara Aizudin.

    Hal ini kerana, bg sy, rakyat lah yg memberi peluang kpd kerajaan hari ini utk memerintah. Kita lihat sesebuah parti menang besar dlm pilhanraya krn rakyat percaya dan memberi mandat kpd parti itu utk memerintah.

    Malangnya.. apa yg berlaku skg, kerajaan mengkhianati amanah itu.

    Mgkin krn sudah lama hdp mewah dlm rumah banglo, berkereta mercedez, melancong ke switzerland and etc. Pemimpin jd lupa yg mereka hamba kpd rakyat. Cuba kalau rakyat tak undi mereka dlm pilhanraya. Mereka juga jadi
    org biasa.

    Tentang tajaan belajar, hal ini melibatkan duit. Benar kerajaan yg menghulurkan kpd mereka yg lyk suatu tika dulu dan kini mereka kcang lupakan kulit(kata Sidiq).

    Tp jgn kita jadi bodoh, adaKAh kita lupa sgl cukai2 yang kita byr kpd kerajaan. Adakah kerajaan hanya mendapat dana utk membantu rakyat melalui projek2 atau pelaburan semata.

    Hal ini tidak. Tidak sama sekali. Negara mendapat dana hasil drp rakyat juga. Rakyat tidak kisah terpaksa membayar pelbagai cukai. cukai pintu, cukai tanah, cukai korporat, dan bermacam2 cukai lg.

    Tp rakyat jd marah bila kerajaan mengkhianati amanah. Mengkhianati mandat yg diberikan mereka. Buka mata seluas2nya. Jgn mudah dikongkong2 pemikiran kita dgn org2 disekililing kita yg pro kerjaan korup. Media perdana jgn mudah dipersotongkannya kita.

    Kita kena realistik. Bukan masih berangan BN masih bley memerintah sdgkan pelbagai kerosakan telah menimpa. Tun Dr MAhathir sendiri mengesahkannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s