Sumpah Anwar: Siapa betul?

Posted: August 31, 2008 in Uncategorized
Kalau sebelum ini saya percaya bahawa sumpah tersebut merupakan jalan penyelesaian kepada isu liwat Anwar. Tetapi kini tidak kerana, melalui pengamatan saya, sumpah yang dilakukan sekarang amat bermotifkan politik dan langsung tidak mengikut tatacara yang dituntut Islam, malah keadaan dimana sumpah itu dilakukan amatlah meragukan. Kalau nak lebih yakin carilah beita pasal imam masjid wilayah yang tak yakin dengan sumpah saiful yang diarah untuk terima sumpah saiful.

Sepatutnya, sumpah sebegini dilakukan apabila segala usaha menurut akal dan daya telah habis dilakukan, mahupun penyiasatan dan pendakwaan mahkamah, inilah yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu, tetapi sekarang nampaknya sumpah ini sudah dipermain-mainkan tanpa menghiraukan balasan tuhan. Nabi S.A.W pernah bersabda bahawa, tanda akhir kiamat apabila ramai orang bersumpah palsu dan tanda2 orang munafik adalah orang2 yang kuat bersumpah.

Jikalau dilihat dari konteks pergaulan seharian, untuk mengenal seorang kawan, amat mudah sama ada dia seorang penipu atau tidak. Kita mesti sudah biasa mendengar rakan2 yang selalu berkata, “aku sumpah”, untuk buktikan satu kenyataan, kalau orang tersebut menggunakan kadang2, ia boleh diterimalah, tetapi ini, tiap kali cakap, mahu saja guna aku sumpah. Cukuplah sekadar yakin dengan apa kita cakapkan, katakan dengan ikhlas tanpa perlu bersumpah2.

Konteks sumpah itu dibuat amat meragukan, kerana ia dilakukan semata2 untuk menjatuhkan imej orang lain ketika sibuk2 orang nak mengundi di permatang pauh. Saya rasa cukup sedih apabila orang menggunakan sumpah ini untuk memenuhi kepentingan politik mereka, lebih2 lagi apabila sumpah laknat ini digunakan – memang tidak patut.

Selain itu, kata2 ulama juga mata meyakinkan, mungkin di malaysia, hanya dua mufti sahaja yang saya terima kata2nya, iaitu mufti perak dan mufti perlis, tetapi pada kali ini mufti perlis anjurkan bersumpah dan mufti perak kata tak payah sumpah. pada ketika itu saya lebih percaya mufti perlis, tetapi setelah mendapat tahu bahawa ulama terkenal dunia pun, iaitu sheikh qhadrawi, pun suruh anwar jangan sumpah, saya amat yakin, alasan mereka, usaha akal dan kudrat masih belum habis.

Pemimpin yang terdesak, bukankah sumpah ini patut dilakukan setelah penghakiman mahkamah, setelah segala usaha logik sudah habis, kenapa sebelum usaha habis dilakukan? mengapa dilakukan pada dekat2 pilihanraya permatang pauh? Soalan2 ini menimbulkan keraguan terhadap kerbolehpercayaan terhadap sumpah2 tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s