Saya jumpa Tun Dr. Mahathir!

Posted: August 31, 2008 in Uncategorized
Tak terkata, itulah yang dapat diceritakan berikutan peluang saya untuk berjumpa dengan Tun di dalam satu majlis yang diadakan baru2 ini di UiTM. Terus terang saya katakan bahawa Tun dari dulu memang idola saya dan saya percaya, hanya gandingan Tun dengan DS Anwar Ibrahim adalah hanya yang terbaik, buat masa kinilah, tapi itu tidak mungkin.

Sedikit sebanyak tentang majlis tersebut yang dianjur khas untuk memberi peluang untuk Tun berbicara tentang isu dilemma ekonomi melayu kini. Turut hadir adalah VC UiTM, DS Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, yang merupakan salah seorang idola saya memandangkan pandangan beliau dan cara penerangannya terhadap isu melayu kini. Saya menolak apa2 tuduhan terhadap beliau, Dato’ VC UiTM, yang mengatakan bahawa beliau adalah rasis – itu satu dakwaan tidak benar!

Saya juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Tun, “… Thank you Tun, on behalf of Malaysian people…”, itulah apa yang saya kata sambil memandang mata beliau. Ada soalan yang diajukan, sama ada Tun akan bergiat semula dalam UMNO untuk selesaikan masalah kita, jawabnya, bahawa: “…saya akan, tetapi siapa saya, tidak ada yang mahu menyokong. Saya akan masuk balik dan cuba membetulkan keadaan setelah pak Lah letak jawatan…”. Terdetik di hati ini, mahu bangun dan nyatakan, Kami sanggup berdiri belakang Tun!”, tetapi apakan daya, kalau saya buat macam tu, nanti orang kata radikal pula, maklumlah dengan keadaan sekarang ini.

Comments
  1. LUQA says:

    aghhh aku ada test land law time ni!

  2. Dr.Siddiq Azani says:

    aku plak sedang memahamkan apa yang john chuah dok merapu pasal equity…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s