Anwar jadi PM: Hak bumiputera hapus?

Posted: August 20, 2008 in Uncategorized
Kebelakangan ini kita banyak mendengar kata2 yang mendakwa bahawa hak bumiputra akan terhakis. Persoalannya disini, Adakah ini hanya satu permainan politik Barisan Nasional yang cuba menakut-nakutkan orang melayu? apakah ini relitinya? Adakah ini akan benar2 berlaku? Apakah ini relitinya? Penulisan saya akan bertumpu diatas soalan2 tadi.
Adakah ini hanya satu permainan politik Barisan Nasional yang cuba menakut-nakutkan orang melayu?
Kekalahan UMNO dan Barisan Nasional, walau jadi kerajaan persekutuan, untuk mendapat majoriti 2/3 kerusi dewan rakyat merupakan satu tamparan hebat. Kini, barisan Nasional dilihat sebagai parti yang hilang arah tuju dan bergaduh sesama sendiri dan juga mempunyai pemimpin yang buat2 tidak sedar bahawa beliau ditolak majoriti terutamanya ahli UMNO sendiri. Oleh itu, kita dapat lihat pelbagai usaha mereka menyekat ahli2 UMNO lain untuk berkempen, dimana baru2 ini ahli2 UMNO dilarang untuk berkempen manakala beliau tetap berkempen diseluruh negara. Ini merupakan satu tanda yang menunjuk bahawa memang beliau amat terdesak.
Jikalau kita lihat Perdana2 Menteri sebelumnya, masing2 telah meletakkan dan menyumbang dan menghasilkan Malaysia yang kita da pada hari ini. Mahupun dalam ruang lingkup UMNO, keempat2 presiden ini telah berjaya mempertahankan majoriti 2/3 parlimen tanpa gagal walaupun masalah dan bahana yang menimpa mereka adalah lebih besar. Tetapi sekarang, BN telah hilang majoriti 2/3, ahli parliumen komponen bersemangat untuk undi tidak percaya kepada PM, undi2 online yang diadakan di dunia siber, semuanya menunjukkan ketidakyakinan keatas beliau yang memimpin UMNO dan Barisan Nasional sehingga ahli2 UMNO dan BN, sebegitu ramai sanggup menyuarakan bahawa beliau patut letak jawatan terutamanya Tun Dr. Mahathir – sehingga beliau keluar UMNO sebagai rayuan akhir untuk beliau letak jawatan.
Baru2 ini dlam Mingguan Malaysian, beliau ada berkata bahawa:
“… saya ingin berasa puas melakukan sesuatu setelah meletakkan
jawatan…”

. Pada waktu itu, kecoh isu kenaikan harga minyak mendadak amat amat mengundang kemarahan majoriti rakyat Malaysia yang terkejut dengan dasar tersebut setelah dijanjikan sebelum pilihanraya bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan. Pada pandangan saya, kalau kaitkan kenyataan beliau dalam Mingguan Malaysian tadi, dapat kita simpulkan bahawa, beliau cuba mendapat kepuasan peribadi atas dirinya sebelum bersara, walaupun masa depan UMNO dipertaruhkan, untuk memajukan kawasan wilayah2 pembangunan yang memerlukan masa berpuluh tahun untuk dibangunkan dalam masa yang terdekat dan duit subsidi minyak inilah yang paling mudah dan banyak untuk dialihkan.

Penting untuk mencerita sedikit tentang keadaan UMNO untuk menjawab soalan yang saya utarakan pada pendahuluan tadi, dari dulu tugas UMNO yang hakiki adalah mempertahan hak melayu, sekarang apabila UMNO telah kurang pengaruh dan parah, mereka menggunakan strategi ini untuk mewujudkan satu ketakutan dikalangan orang melayu bahawa hak mereka akan terhakis jikalau Pakatan Rakyat memerintah. Mereka kata sekarang sedikit demi sedikat hak mereka sudah terhakis, padahal sebenarnya hak itu tidak terhakis, apa yang terhakis ialah hak mereka untuk mendapat jalan mudah untuk kontrak dan peluang yang ada melalui rasuah dan kronisme.
Adakah ini akan benar2 berlaku?
Kita lihat komposisi Pakatan Rakyat, yang akan menguasai lebih sedikit 1/2 dewan rakyat, ketiga2 parti utama dalam Pakatan Rakyat, Keadilan, PAS, dan DAP; masing2 mempunyai jumlah kerusi yang hampir sama dan bergantung-saling bersama walaupun apa yang terjadi, terutamanya pertentangan idea antara DAP dan PAS. Hanya DAP sahaja yang bersungguh untuk konsep Malaysian Malaysia, manakala PAS menolak dan Keadilan merancang untuk memperbaiki cara DEB. Usul untuk menghapus keistimewaan ini tidak akan berjaya kerana tidak akan dapat sokongan majoriti Pakatan Rakyat dan bukan itu sahaja, kelulusan Majlis Raja-Raja adalah wajib untuk meluluskan pembubaran Artikel 153. Jadi tidak mungkin keistimewaan ini akan terhakis melainkan hampir semua orang melayu mahukannya. Walaupun Pakatan Rakyat ditomah dengan pelbagai tuduhan berkaitan keistimewaan ini, saya masih tidak yakin akan argumen yang mengatakan bahwa Pakatan Rakyat berusaha untuk hapus keistimewaan orang bumiputera.
Apakah ini relitinya?
Realiti sekarang adalah, DEB sudah lagi tidak membuahkan hasil sekarang, tidak seperti dahulu, memang benar DEB berhasil. Sekarang kewujudan DEB menjadikan orang melayu rasa contented rasa cukup dan melakukan sesuatu sekadar cukup makan sahaja kerana mereka tidak perlu risau, lihat budak2 melayu di sekolah2, di universiti2, dan di tempat kerja; kalau banding dengan orang Cina, mereka boleh kata pekerja yang merugikan syarikat dan negara. Lagi satu, DEB melindung pelbagai unsur rasuah dan kronisme, pemberian kontrak bukan secara adil, tetapi kenalan dan politik, tiada usaha untuk membuat tender terbukan contohnya, supaya hak ini diagih dengan adil, sebaliknya tertutup, akibatnya kontraktor bumiputra yang bagus tak dapat tetapi kontraktor bumiputra yang tak bagus tapi kuat rasuah dapat – tidak hairanlah macam2 projek terbengkalai dan tak siap. Banyangkan kalau Pakatan Rakyat ambil alih perlaksanaan DEB dan memperbaikinya, apa yang jadi, semua orang yang bermanfaat secara tidak adil dalam DEB ini akan putus rezeki kerana kenalan mereka bukan kerajaan jadi tak dapat tender atau kontrak – Persoalannya bagi yang mempertahan hak melayu mengikut acuan UMNO ni, adakah mereka betul pertahan orang melayu atau segelintir orang melayu yang rasuah?
Comments
  1. Dr.Siddiq Azani says:

    An Open Letter To UiTM Admins, MPPs, UiTM Students, And All Malaysian.

    When I was driving to go the the faculty just now, I saw a big big big signboard infront of the UiTM entrance. the board stating “roboh uitm,roboh melayu bumiputra” , “pertahankan hak kita“, and was coupled with several banner and whatsoever voicing the students disagreement towards the 10% quota suggestion.

    I was kind a bit shock after watching the banner. for you guys, you can see it just infront of the pakguard defense at the 1st gate of UiTM after you come back soon.

    I thought this conflict has meet its end, but sadly, it is getting worse. I am thinking on how our chinese and Indian lecturers may feel if they see the board – of course they are going to notice it since they are not blind and still driving to school.

    Just imagine how they feel. they are here to teach us. infact many of them has already been here for quite some times, but after all of the sudden, this is what they get. dont you feel something is lame here? we suppose to end this dispute as soon as possible! I have many chinese and indian lecturers here in UiTM and believe me, they will feel isolated as their race are being subjected to the conflict.

    Come on lets put an end to this racial dispute. we already voiced out our stand by having such demonstration. enough. we should not go further into the detail. they also trying to avoid from discussing this matter. Lets put aside this UiTM issue. we have a lot of thing to do, friend.

    I am here to ask for the MPPs and the administration, with all courteousness, to bring down the board before this issue being broaded out more seriously. we donot want to drag this issue and become the major threats to our racial integration. we have to stop this immediately!

    On this issue, we may want to discuss it in more appropriate ways and behind the closed-doors. somehow, this has become a very sensitive issue, not only among the Malays, but among Chinese and Indian as well. I am not againsting UiTM in this case, but the significance are not there. Instead of cooling down the tension, we made it more tense than ever before.

    Spread this words and lets promote peace and harmony, Malaysia!

    I quote this from Aizuddin – For A Better Malaysia!

    http://writtenbyhim.wordpress.com/
    http://bicarapenulis.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s