Kuota JPA: Sokong Khairy Jamaluddin!

Posted: July 9, 2008 in Bumiputera, JPA, Kerajaan, Khairy Jamaluddin, Law, UITM
Tags: , , , , ,

Walaupun saya merupakan antara penentang hebat Khairy, tindakan beliau baru2 ini mempersoal kuota baru JPA merupakan satu tindakan yang amat penting bagi menjamin untuk melahirkan golongan melayu yang mempunyai golongan berpendidikan tinggi yang lebih ramai seterusnya meningkatkan lagi pencapaian kaum bumiputera di negara ini.

Tindakan JPA yang meletakkan hanya kuota 50% kepada bumiputera memang langsung tidak boleh diterima kerana benar apa yang dikatakan Khairy, bahawa ia tidak menepati komposisi kaum di negara ini. Pada saya kaum bumiputera bukan sahaja patut diberikan allocation lebih dari 67%, mengikut komposisi mereka, malah lebih kerana, kaum melayu masih belum mencapai tahap yang boleh dikatakan selamat di negara ini. Lagipun ramai orang melayu yang masuk universiti datang dari golongan sederhana dan miskin, jadi kuota baru ini memang tidak boleh diterima pakai dan boleh dianggap satu perbuatan khianat terhadap orang melayu.

Justeru, saya seru supaya JPA untuk menkaji semula dan mengambil keputusan untuk menukar kuota biasiswa JPA ini, untuk kepentingan bangsa melayu yang merupakan bangsa awal negara ini dan boleh dikata kita pemilik negara ini yang sebenar. Janganlah bertindak melulu berdasar desakan semasa, fikir, kerana kita tidak mahu melihat bangsa melayu akan merudum jumlah penguasaan mereka dalam bidang professional dan perniagaan. Minta kaji balik!

For A Better Malaysia!

p/s: Saya pun dapat biasiswa JPA, hahaha, terima kasih JPA!

Comments
  1. themalayhope says:

    din, sudah tiba masanya bumiputra bersaing…kita harus lebih berani menghadapi cabaran yang lebih besar..penarikan kuota ini akan meningkatkan daya saing bumiputra..seperti aku cadangkan dulu, tongkat kita perlu dipotong sedikit semi sedikit..melayu harus lebih berani..

  2. aku kurang setuju kerana:

    1 – kalau pun tujuan nak bagi kompetitif, kuota perlu adil dan mengikut komoposisi kaum, dengan kuota baru, memang tak memberi level playing field kepada pelajar bumiputera – kita 67% sidek, kuota hanya 50%, mana adil dan ini bukan soal cukup lagi…

    2 – tentang hadapi cabaran, sekarang kos hidup meningkat dan golongan sederhana adalah majoriti bumiputera seperti aku, dan mereka terhimpit, bukan sahaja tidak lebihan malahan simpanan pun tak dapat, kalau ko lain sidek, walau ko kata ko rasa impact ekonomi, tapi kemampuan untuk atasi ada dengan cara mudah dan terbentang, tapi bagi golongan sederhana, pendapatan mereka adalah limited, bantuan sebegini perlu bukan sebagai diskriminasi positif terhadap melayu, tetapi bantuan yang adil kepada semua golongan yang memerlukan…

    3 – tentang persaingan, penarikan kuota hanya akan memotong tangan mahasiswa bumiputra bukannya menarik tongkat lagi, untuk memastikan persaingan yang adil, peluang masuk universiti patut adil, tak perlu ada kemasukan mudah untuk bumiputera macam kita punya asasi dan pre law, sebaliknya apa yang perlu kerajaan buat adalah membantu meningkatkan kemampuan pelajar untuk masuk ke universiti di peringkat sekolah di kalangan pelajar bumiputera, dengan ini yang layak akan dapat masuk dan yang lain akan jadikan pengajaran kepada yang tak dapat masuk!!!

  3. themalayhope says:

    janganla ckp mcm tu..malu aku.mungkin aku tak memerlukan biasiswa tu sebab tu aku cko mcm tu..lets take that as my personal opinion..ok..

  4. sori sidek, kalau ko setuju aku, delete semua komen dalam post nih..

  5. KaiRee says:

    “Untuk kepentingan bangsa melayu” – Inilah kebiasaan cara orang Melayu berfikir,…asyik asyik kepentingan diri sendiri dan bangsa Melayu.
    “Melayu yang merupakan bangsa awal negara ini dan boleh dikata kita pemilik negara ini yang sebenar” – Buku sejarah mana petikan ini diambil oii?!?! Buktikan. Kolot benar lah ko ni…

  6. Tuah Tan Sidin says:

    (A)Kenapa melenting sangat bila MB Selangor cadang 10% untuk bukan Bumi di UiTM? Bukankah sebelum ini pun UiTM dah dibuka untuk warga asing dari timur tengah & Brunei?
    Minta:
    (1) peratus & bilangan penuntut warga negara asing diUiTM, mengikut kerakyatan dan jenis kursus (diploma, bachelor, ijazah lanjutan);dan
    (2)peratus & bilangan pensyarah UiTM mengikut kumpulan etnik dan warganegara.
    (B)Nak tutup bangkai gajah terdahulu bila JPA nak kurangkan kuota biasiswa Bumi kepada 50%?
    Faham-fahamlah pegawai kanan tak berani bersuara takut tak dapat ‘extension’shoru terlepas.Yang berani cuma Khairy!Yang lain mungkin berani undi protes kelak.
    Minta:
    (1) tambah peluang latihan kemahiran (kem. Sumber Manusia)untuk semua,terutama Bumiputera kampung, Cina stinggan, dan India estet tanpa berkira sangat tentang gred SPM sebagai sharat masuk;
    (2)minta gaji & elaun guru sekolah agama dan agama rakyat di Kelantan yang baru di ambil alih oleh kerajaan pusat diselaraskan mengikut kelulusan seperti guru-guru lain kerajaan -mereka dah lama ketinggalan, ada guru berijazah di beri gaji diploma;dan
    (3) pengawasan rapi dan ‘surprise checks’ disarankan di Sekolah Menengah Teknik & Vokasional (e.g Setapak KL, Ipoh Perak)dimana banyak berlaku masaalah disiplin termasuk dikalangan guru/pensyarah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s