Tukar Kerajaan: Hentikan!

Posted: July 6, 2008 in Anwar, Konspirasi, Law, Sodomy
Tags: ,

Saya memang dah tak boleh tahan lagilah, semak melihat keadaan Malaysia yang kelam-kabut ini, kata Tun, dunia menghadapi pelbagai masalah tapi negara kita pula bukan memberi perhatian untuk menyelesai masalah ini, malah kerajaan langsung tidak mengumumkan apa2 dasar yang betul2 dapat menangani masalah yang menimpa kita sedunia, termasuk Malaysia dari segi ekonomi.

Baru2 ini BN Perak pula nak tukar kerajaan negeri dan yang lama kita dah dengar Anwar nak jadi PM nak tukar kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat. Pada takat ini, saya tidak percaya kepada sapa2, kerana semua memang tak boleh pakai, Anwar dengan lompat partinya, BN dengan skandalnya dan tak lupa masalah pimpinan lembap Abdullah Badawi. Sekalai lagi saya mahu kata bahawa semua ini perlu berhenti kerana imej kita di mata antarabangsa sudah tergugat, ekonomi kita terganggu, kita tidak boleh dalam keadaan begini, kita perlu stabil.

Sekarang tidak perlulah Anwar usaha mahu tukar kerajaan samalah juga pada Tajol Rosli, kekalkan apa yang ada sehingga pilihanraya ke-13, waktu itu kalau nak tukar kerajaan tukarlah, sekarang hentikan semua ini dan fokus untuk memulih negara kita yang memang sakit ni. Pakatan Rakyat jadilah pembangkang yang baik, BN jadilah kerajaan yang baik, dengan cara ini sahaja kita akan dapat selesai masalah negara kita sekarang ini.

Saya tahu bahawa saya ni masih muda, mengundi pun belum layak tapi saya masih harap bahawa kita semua sayang pada negara ini. Ada pepatah inggeris kata, negarawan fikir tentang masa depan negara tetapi ahli politik hanya fikir tentang nasib karier politiknya, jadi kesimpulan saya untuk kepimpinan utama samaada pembangkang atau kerajaan, semuanya ahli politik dan bukan negarawan. Abdullah, Najib, dan Anwar, semua fikir pasal karier politik masing2 dan bukan masa depan negara.

Tapi Tun Dr. Mahathir itu negarawanlah, walau saya setuju bahawa dia memang dah banyak langgar batasan undang2…

For A Better Malaysia!

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s