Tentang speaker dewan

Posted: July 2, 2008 in Uncategorized

Walaupun saya setuju bahawa memang betul speaker dewan rakyat kita mahu pun timbalannya tidak adil kepada pihak pembangkang, kadang2 kesian juga tengok mereka ni, bayangkanlah, mereka dikatakan ketua dalam dewan atau Yang di-Pertua, tetapi apa yang mereka cakap memang tidak di layan. Kalau kita lihat diri sendirilah, kalau jadi ketua sedang cakap tapi orang tak mahu dengar, memang sakit hati, boleh mengamuk tu. tapi mereka ni bagus penyabar.

Tapi kene ingat mereka mendapat nasib begitu pun bukan kerana salah ahli2 pembangkang, tapi salah mereka sendiri, kalaulah dari mula lagi mereka bersikap adil terhadap semua, takkanlah orang tak mahu dengar cakap mereka. Mereka ni, dari awal lagi mengguna peraturan mensyuarat dan point of order untuk menyokong peluang ahli2 parlimen dari Barisan Nasional dan bertindak sebaliknya terhadap ahli pembangkang, hah, sekarang, padanlah muka, kan bagus kalau adil dari awal, at least kalau mereka nak cakap ahli2 dewan pembangkang mahu juga dengar.

Tentang peraturan baru yang dibuat bahawa bawaan isu peraturan mesyuarat dan point of order selepas habis perbahasan, ini memang tidak boleh diterima. Ini disebabkan banyak perlanggaran peraturan yang dilakukan oleh dua2 pihak tak kiralah pembangkang atau kerajaan, semua sama saja. Dan kalaulah, hal peraturan ini hanya dapat dibangkitkan setelah kesalahan dibuat, apa maknanya peraturan itu, memang langsung takda peluang untuk ahli2 yang berhormat untuk mempersoal hak berucap masing2 dan kesalahan itu dikira boleh dilakukan terdahulu sebelum ia dapat dipersoal, hmm, memang langsung tak boleh pakai.

Memang betul, kalau dilihat keadaan dewan yang memang tak terkawal dengan penggunaan peraturan mesyuarat dan point of order ini, tetapi kenalah ingat, kalaulah speaker betul2 mengikut pengamalan sebenar parlimen di Britain sana, memang tak ada senario di Malaysia, ahli dewan memang hormat speaker kerana mereka adil dan tindakan mereka memang susah untuk dipersoal tapi di negara kita, speaker memang rasanya tujuan mereka untuk dipersoalkan kot, hahaha…

Jadi, tengok parlimen kita, saya memang sedih, dulu wakil EU pernah datang tengok, dan mereka kata macam komedi show, memang lawak tapi malu beb… Aku rakyat Malaysia rasa malu, tak tau rakyat Malaysia yang lain fikir macam mana…

For A Better Malaysia!

Comments
  1. siddiq azani says:

    pelamak din lawa sial blog ko!!!!!!!

  2. yang mana, warna hitam ke

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s