Coretan

Posted: June 28, 2008 in Uncategorized

Nazri & Media

Insiden baru2 ini apabila Kelab Penyokong Barisan Nasional mengalihkan sendiri barricade yang dibina oleh security parlimen untuk menghalang media merupakan satu tindakan yang memang menunjuk bahawa ada lagi wakil2 rakyat BN yang masih melihat kepentingan untuk menjaga media atau memang mahukan kebebasan media.

Sungguhpun begitu, tindakan mereka dibantah oleh Nazri Aziz yang menyifatkan tindakan mereka itu seperti samseng dan tidak professional. Saya amat kagum dengan mereka bahawa pembangkang berjaga menarik media, kenapa kita tidak? Anggapan mereka tepat berbanding anggapan banyak ahli UMNO yang berkuasa tentang media. Semoga ramai mencontohinya, kalau boleh dalam keadaan yang lebih baik lagi.

Nazri2, ape nak jadi: dah macam2 isu dah!

VC Unisel: Disuruh Letak Jawatan

Bagi saya ini sesuatu yang biasa dan menjadi budaya di dalam politik Malaysia tak kisahlah BN atau Pakatan Rakyat. Saya tertarik dengan kenyataan Prof. Mohd Razali yang meminta untuk kerajaan negeri memberi sebab untuk tindakan tersebut. Tanpa mengambil kira apa yang mungkin diberitahu keraajaan negeri sekarang, secara rekodnya tempoh percubaan VC Unisel itu telah dilanjutkan oleh kerajaan BN sendiri: kenapa?

Saya rasa kalau dia bagus kerajaan BN tidak akan memanjangkan tempoh percubaan itu, dan melihat kepada maklumat ini, pada takat ini, kita boleh mendapat kesimpulan bahawa mungkin dia ni tak bagus, dari masa kerajaan BN pun sudah ada isu, kini di bawah kerajaan PKR pun ada isu, jadi mungkin kerajaan PKR betul dalam mengarahkan sedemikian.

Tentang VC UiTM, walaupun saya tidak suka kerapatannya dengan pemimpin tertinggi UMNO tapi saya percaya beliau memang bagus dan berpandangan jauh, jadi kekalkanlah…

Latihan Kecemasan: KL Sentral

Saya ingin menyata kesedihan diatas respon rakyat Malaysia yang tidak mahu memberi kerjasama pada latihan ini, sehingga mengambil masa 20 minit untuk kosongkan KL Sentral – ini satu masa yang panjang. Menurut berita banyak pengguna stesen KL Sentral tidak menghirau arahan polis dan ramai yang masih terus-menerus menyambung kegiatan harian mereka.

Ini memang tidak bagus, nampak betul rakyat kita ini pentingkan diri dan ignoran tentang keselamatan mereka, mungkin kalau ada kecemasan sebenar yang ignoran itu biarlah mati kerana ketidak pekaan mereka – bukan tak peka kerana tak tau, tetapi sengaja buat2 tak peka!
Ahmad Shabery Semuka Anwar Ibrahim

Ini adalah satu perkembangan sihat dalam politik Malaysia, sedikit demi sedikit kita dapat melihat keterbukaan ini dan saya amat menyukainya. Cara ini bukan sahaja dapat memberi satu level playing field untuk kedua belah pihak tetapi akan menjadi fungsi check and balance yang lebih baik dan sudah tentu rakyat Malaysia eager untuk mendengar apa strategi yang Anwar akan guna untuk turun harga minyak – memang menarik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s