Kerajaan Kedah Melampau!

Posted: June 27, 2008 in Uncategorized
Saya terpaksa menulis melihat kerajaan negeri Kedah yang mahu meneruskan projek tebang balak di kawasan tadahan air – ini langsung tidak dapat diterima, alam sekitar amat perlu dijaga inikan pula kawasan tadahan air yang menjadi sumber utama kehidupan rakyat di Malaysia ini.

Menteri Besar Kedah berkata kalau tidak diberi pampasan, maka mereka akan teruskan pembalakan – walaupun Kedah mempunyai justifikasi untuk mendapat duit melaui pembalakan untuk memajukan negeri, janganlah sampai mahu mengorbankan khazanah alam yang indah, sebagai seorang pencinta hutan – saya tetap bantah apa2 bentuk tindakan yang boleh mengamcam hutan – saya pun suka explore hutan2 nih…

Tetapi kerajaan persekutuan perlulah munasabah dalam memperuntuk wang untuk pembangunan kepada kerajaan negeri, ini penting supaya mereka tak terdesak nak dapatkan duit sampai sanggup tebang hutan. Suka saya memetik kata Lim Guan Eng, bahawa Pak Lah adalah Perdana Menteri kepada semua jadi janganlah pilih kasih dan janganlah agih wang untuk pembangunan negeri kepada jawatankuasa selain kerajaan negeri, tanpa kordinasi – kita tidak akan mendapat hasil yang bagus dan hubungan persekutuan-negeri juga akan terjejas.

Saya minta agar dasar kita yang menekan kerajaan negeri pembangkang ditinggalkan, percayalah, kalau benar kita nak menekan rakyat – ia hanya sementara sahaja mereka akan beralih undi kepada BN, tetapi dalam jangka masa panjang rakyat akan bosan dan kemungkinan besar rakyat akan menolak kerajaan BN dengan skala yang lebih besar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s