Cerita Ni: Buat Aku Ketawa!

Posted: June 27, 2008 in Uncategorized
Pada satu malam, ada pasangan yg agak
berumur sedang makan malam dengan
romantiknya bagi menyambut ulangtahun
perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas
ahli politik mula bercerita tentang
nostalgia mereka suami isteri, sekian
lama hidup bersama, suka duka, susah
dan senang. Si suami memang menyanjung
isterinnya, bernama Maria.

“Maria, selama kita kahwin ni, suka
duka kita lalui, susah senang kita
tempuh, abang amat menyanyang Maria,
tapi ada satu perkara yg asyik bermain-
main di benak abang ni dan abang
selalu bertanya-tanya. Berterus-
teranglah dgn abang pada malam ni,
pernah tak Maria curang dgn abang
selama ni?”

Maria agak terkedu sekejap dan
merenung panjang muka suaminya itu,
lalu berkata dengan penuh
kekesalan, “Ya abang, Maria mengaku
pernah curang dgn abang, tapi hanya 3
kali sahaja selama ni”

“3 kali?” Tan Sri tu agak terkejut,
tapi tak la marah, dah tua dah dan
memang berniat utk memaafkan
isterinya,”Bagaimana boleh terjadi 3
kali tu Maria?”

Perlahan jer la isteri dia mula
membuka lebaran cerita lama, “Abang
ingatkan masa kita mula-mula kawin,
terus beli rumah dan selang beberapa
tahun, kita susah sangat masa tu
hingga rumah kita hampir nak dirampas
oleh bank”

“Ya, abang ingat peristiwa tu” jawab
si suami. Si isteri menyambung
cerita, “Abang pasti ingat yg pada
satu petang tu Maria pergi jumpa
pegawai bank tu dan esoknya, bank tu
tak jadi rampas rumah kita, malah bagi
tambahan pinjaman utk abang mulakan
perniagaan..”

“Emmmm.. sukar buat abang menerima
kenyataan ini, tapi abang maafkan
maria kerana apa yg maria buat tu
untuk masa depan kita jugak”, kata si
suami, ” Kali ke 2 pulak?”

“Abang ingat tak, abang hampir menemui
maut sebab ketumbuhan dalam otak
pembedahan?” si isteri menyambung
cerita “Ya, abang ingat” jawab si
suami. “Kalau macam tu, abang pasti
ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor
pakar tu dan esoknya, dia setuju buat
pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-
apa pun..”

“Oh maria, walau perit hati ini
mendengarkan, tapi abang tetap maafkan
maria sebab apa yg maria buat tu untuk
masa depan kita jugak dan kerana
sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3
macam mana pulak? “, kata si Tan Sri.
Si isteri menundukkan mukanya dan
menjawab penuh lemah, “Abang, ingat
tak masa abang bertanding merebut
kerusi bahagian dan abang perlukan 248
undi lagi….”

Tan Sri pengsan kat situ jugak…

Comments
  1. Siddiq Azani says:

    KAHKAKHAKHAKHAKHAKAKAKAKAKAKAK!!!!!!!!!MEMANG LAWAK!!!!HAHAHAHAHAHAHA

  2. Anonymous says:

    cam kenal jer lawak nie..huhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s