Jangan Ingat BN Tak Guna Masjid Untuk Politik!

Posted: June 25, 2008 in Uncategorized
Titah Sultan Azlan baru2 ini memang disambut baik, memang masjid adalah tempatnya untuk kita melupakan segala sengketa dunia dan memfokus kepada pengabdian diri kepada Allah, ini bukan amalan ikutan tetapi adalah wajid untuk kesucian masjid itu dipelihara.

Tetapi dalam menyambut baik titah beliau, saya amat berharap pihak BN turut sama mengambil nasihat tersebut, walau secara langsung BN tidak dapat dilihat mengguna masjid, tetapi di kebanyakan tempat terutama ketika upacara pemimpin bersama rakyat, ianya diadakan di kawasan masjid, pada masa pilihanraya, berkibar bendera UMNO di pagar2 masjid, apakah ini menghormati institusi masjid?

Umat Islam memang perlu bersatu dan saya amat mengharapkan perkara itu, terutama ketika keadaan kita yang sentiasa dikerah oleh orang bukan melayu sekarang – tetapi apabila wujud double standard di dalam penerimaan sesuatu nasihat dan melibat penyalahan satu pihak, ini adalah sesuatu yang tidak adil. Tindakan BN menekan titah tersebut ditika Perak diperintah Keadilan sudah tentu membawa maksud yang bukan untuk menghormati titah tersebut, tetapi sebagai menipulasi untuk agenda politik mereka.

Dalam khutbah jumaat pula, terdapat satu bentuk kawalan dalam apa yang patut disampaikan, tetapi oleh kerana pengaruh BN yang kuat terhadap jabatan agama, apa yang perlu dikhutbahkan perlu tidak mengancam pengaruh BN, bagi saya ini salah, sepatutnya, tidak kira masa, khutbah mempunyai fungsi besar untuk menunjukkan kebenaran dan pandangan agama dalam keadaan semasa dan apabila wujud kawalan tentang apa yang patut disampai atau tidak, ini telah menafikan notion bahawa agama Islam itu memain peranan penting dalam menyedarkan umat Islam daripada ditipu oleh pelbagai ansir yang nampak halal pada mata kasarnya.

For A Better Malaysia…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s