Pengalaman Kelas Bahasa Perancis & Dasar Ekonomi Baru

Posted: June 23, 2008 in Uncategorized
Umum sudah jelas apa itu DEB, tetapi jika mahu lebih penjelasan sila lihat post saya yang lama, mungkin anda akan mendapat sedikit idea tentang apa itu DEB. Post ini ditulis untuk membanding pengalaman yang saya dapat semasa mengikuti kelas bahasa perancis untuk semester dua, saya fikir ini adalah sesuatu yang menarik untuk diutarakan.

Pelajar UiTM diwajibkan untuk mengambil subjek bahasa ketiga untuk meningkatkan nilai tambah pelajar, saya bukan mahu kata ini tak bagus, cuma mahu memuji bahawa ini adalah satu cara baik untuk menjadikan pelajar UiTM lebih global dari segi penguasaan bahasanya. Tetapi ap yang menarik dalam pembelajaran ini adalah apa yang saya alami sepanjang semester, mari kita lihat!

Saya mempunyai seorang lecturer berbangsa india yang memang amat komited yang sentiasa mahu membantu pelajar yang sentiasa menyelesai segala permasalahan pelajar dan tak lupa juga yang merupakan seorang yang amat strict. Sungguhpun begitu beliau seorang yang penyayang dan amat mengambil berat tentang pelajarnya. Memang selalu didengari dari mulutnya akan nasihat supaya bersungguh-sunguh dan belajar dengan tekun. Jangan disalah anggap saya di sini memang nak puji dia, bukan mahu mengguna reverse psychology supaya pembaca menterbalikkan maksud tulisan saya ini.

Tetapi – hah, ada tetapi tu – di kelas lain dan sama batch pula, mengikut cerita yang saya dengar, lecturer mereka melayu dan juga amat prihatin terhadap pelajar, seperti biasa cara mereka mengajar untuk memenuhi kehendak silibus dan yang paling amat pemurah ialah tindakan mereka menolong pelajar memudahkan mereka menjawab soalan ketika test dan ujian lisan – yang saya diberitahu, termasuk: memberi maksud pada mana2 perkataan, memberi jawapan kepada soalan dan memberi klu yang absolute – maksud tiada jawapan lain yang boleh diandaikan dari klu2 tersebut. Saya bukanlah jelous, saya terima itu ebagai nasib saya untuk dapat sekelas dengan lecturer yang strict.

Sekarang kita masuk part Dasar Ekonomi Baru, yang ditubuh untuk bantu orang melayu. Melihat kepada senario di atas, inilah perumpamaan atau analogi DEB yang paling sesuai sekarang, di mana pelajar dibantu dengan pemudah cara dan pada masa yang sama mereka akan hilang peluang untuk memajukan diri sendiri. Kalau dilihat cara lecturer india sekarang, bentuk bantuan begitu yang akan menghasilkan satu kesan mutlak – iaitu kemajuan dan peningkatan bangsa melayu yang sebenar melalui pemantapan dan kerja keras seterusnya menghasilkan seorang individu yang pakar dalam bahasa itu kerana tahu cara dan usaha yang sebenar.

Tetapi bagaimana yang lagi satu? Jawapan saya, mereka akan memdapat kejayaan yang mudah dan kalau untuk digunakan kejayaan itu, memang tidak boleh pakai sepenuhnya dan tidak mencapai kepakaran sepatutnya dalam bahasa perancis. Mereka dibantu bukan dengan cara untuk memperkasa diri mereka tetapi untuk mendapat jalan mudah untuk kejayaan dan sebgai akibat kejayaan itu tidak dapat dikekalkan atau dapat ditingkatkan. Maaf, saya tidak ada niat nak kutuk member2 kelas yang lain tapi hanya sekadar nak bincang isu DEB dan caranya membantu kita untuk menghadapi masa depan Malaysia.

Melihat kepada dua situasi yang beza di atas, apakah pemikiran kira atau pandangan kita, bagi saya orang melayu patut dibantu dengan cara lecturer india saya iaitu dengan betul2 memperkasa mereka dan bukan seperti lecturer lain – memudahkan mereka. Dulu DEB dilaksana, sekarang ramai golongan middle class, tetapi kekayaan kita hanya berkurang, kenapa jadi begini? Saya jawab, sebab kita tidak punyai kepakaran mahupun kemampuan yang cukup untuk menghadapi saingan yang makin hebat di Malaysia kita hanya mampu melakukan sesuatu dengan bantuan yang membolehkan kerja kita mudah tanpa perlu usaha dan ketekunan yang lebih – tak kisahlah kenapa level orang melayu tak meningkat pun pada masa kini, yang dulu tu lainlah.

Jadi apakah respon anda, saya memang risau hal ini, boleh dikata saya ni tidaklah rajin tapi nampak akan perkara ini dan cuba mengatasinya, sesiapa yang kenal saya, bantulah saya untuk atasi kekurangan kerajinan ini. Tetapi jangan lupa, rakan sebangsa kita, mereka juga perlu dibantu dengan cara yang betul.

For A Better Malaysia!

Comments
  1. Anonymous says:

    cukop aku klas french ko!!!! vimalay pillay ko kater bagus!!!!! cuber banding skit ngan mr. redzuan time klas part1…. frnach ko cam nerr… melets ke tidek… analogy ko tak leh pakai dlm DEB!!!! perbandingan ditolakkkkkk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s