Polis: Antara Kebenaran & Keselamatan Negara

Posted: June 22, 2008 in Uncategorized
Saya terpanggil untuk menulis berikutan perkembangan terbaru kes Raja Petra Kamaruddin yang telah mendedahkan di dalam deklarasi statutori baru2 yang telah di hebahkan secara meluas di dalam dunia blog negara kita – tak perlu untuk saya meletak salinan deklarasi tersebut di dalam blog saya.
Apa yang lebih kurang terkandung di dalam deklarasi itu adalah tentang penglibatan orang diantara yang tertinggi dalam kerajaan dengan kes pembunuhan Altantunya – pendedahan tersebut memang amat mengejutkan. Saya secara peribadi mempercayai RPK kerana beliau telah lama terlibat dalam dunia blogging dan kebanyakan tulisannya tidak mahu dicabar kredebilitinya di dalam mahkamah – seperti mana yang kita maklum, dalam undang2 fitnah, sesuatu kenyataan itu tidak boleh dianggap fitnah jika ia benar atau sebahagiannya terbukti benar dan senarionya di Malaysia adalah ramai yang elak untuk menyaman kerana takut akan pendedahan yang akan berlaku di mahkamah dalam proses perbicaraan – satu contoh yang paling jelas, baru2 ini ketua polis negara telah difitnah kerana terlibat dengan rasuah dan apabila beliau ditanya sama ada akan mengambil tindakan mahkamah oleh wartawan, beliau menjawab – itu saya tak mahu komen. Tetapi perlu diingat disini, saya tidak cuba memfitnah bahawa beliau terlibat dengan rasuah!

Yang kedua, mengikut maklumat yang ada di dalam deklarasi tersebut, RPK telah menyatakan bahawa beliau mempunyai sumber yang boleh dipercayai untuk membuktikan kenyataan tersebut – lagipun RPK akan bertanggungan kepada rakyat Malaysia khususnya pembaca blog beliau, sekiranya beliau menipu sudah tentu dia akan menghadapi masalah dari segi kepercayaan sama ada dikalangan rakan2 beliau atau pembaca blog beliau amnya.

Berbalik kepada topik, negara kita mempunyai beberapa set undang2 yang boleh dianggap sebagai bertentangan dengan bahagian fundamental liberty di dalam Perlembagaan Persekutuan antaranya – Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat Yang Masih Digunapakai, Akta Polis, dan Akta Rahsia Rasmi. Sudah menjadi satu amalan kerajaan Malaysia untuk mengistiharkan pelbagai perkara untuk diletakkan dalam Akya Rahsia Rasmi, contoh: Konsesi Tol, Maklumat Kem Tahanan ISA, dan sehingga Maklumat Peribadi dikalangan ahli2 politik perdana di negara kita. Saya tidak menolak kepentingan mempunyai rahsia negara yang disimpan baik untuk negara kita, tetapi saya amat tidak bersetuju apabila undang2 tersebut digunakan untuk menutup salah laku ahli2 politik kita dan segala masalah dalam pentadbiran yang berkaitan dengan salah guna kuasa. Tambahan pula maklumat dalam undang2 ini tidak boleh ibawa ke mahkamah.

Ini secara terang2nya memberi peluang kepada pelanggaran undang2secara berleluasa tanpa dipertanggungjawabkan kepada mahkamah – saya amat sedih dengan kenyataan ini. Seperkara lagi, kepentingan rakyat juga akan diganggu lebih2 lagi dalam hal konsesi tol, dimana ia melibatkan beratus juta wang rakyat. Sepatutnya, undang2 ini digunakan secara jujur dan bukan untuk manfaat kepentingan para ahli politik!

Polis

Polis merupakan satu badan berkanun yang menjadi penguatkuasa undang2 yang utama di Malaysia dan juga bertindak serta menjaga nasib setiap individu sah di dalam negara ini. Tetapi polis telah diperguna oleh ahli politik untuk melindungi ahli2 politik yang terlibat dengan rasuah, sepatutnya, walaupun polis tertakluk di bawah Kementerian Dalam Negeri, masih mereka hendaklah patut kepada undang2 dan semangat keadilan dalam melaksanakan undang2 tersebut bukannya seerti sekarang, mereka mengamalkan sikap polih bulu, lihatlah layanan yang diberi oleh polis kepada permohonan untuk membuat satu perhimpunan politik parti pembangkang berbanding dengan parti kerajaan – memang tidak adil.

Polis mempunyai tugas untuk keselamatan dan yang paling membimbangkan ialah kuasa Peguam Negara dalam kes2 mahkamah, dimana mereka boleh mengganggu proses menemui kebenaran di dalam mahkamah – peguam negara mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan dakwaan berdasarkan pada bukti dan sehingga, “demi keselamatan negara” – apa ni, mana boleh, yang salah tetap salah , mereka mesti dihukum dan dijadikan sebagai pengajaran kepada yang lain. baru2 ini dalam kes Altantunya, Peguam Negara telah awal2 menetapkan bahwa hanya da tiga orang sahaja yang boleh didakwa atau disabitkan bersalah dalam perbicaraan ini, apakah maksud kenyataan beliau, macam mana kalau tak semua antara tiga itu bersalah, bagaimana kalau ada orang lain diluar yang berjawatan tinggi dalam kerajaan terlibat? Adakah mereka akan dilepaskan begitu sahaja? yang paling pelik, tetapi tidak bagi saya, adalah apabila sebelum apa2 pun bermula dalam perbicaraan itu, peguam negara telah membuat kenyataan sebegitu – apakah muslihat beliau?
Jadi sebagai menggulang bahagian pertama saya menyeru agar polis dan sesiapa bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab mereka dalam hal ini – memandangakan ia adalah amat serius jangan menyeindung apa2 fakta jangan menyelindung mana2 individu. Laksanakanlah sumpah anda semasa mengambil jawatan iaitu memelihara Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang2.
Bahagian Dua

Keselamatan Negara adalah diakui penting untuk menjamin kedaulatan sesebuah negara daripada pelbagai ancaman dan memang dimana2 negara pun ada maklumat yang tidak boleh didedah atas keselamatan negara. Tetapi apa yang menjadi masalah adalah salah guna undang2 ini yang hanya memanfaatkan golongan2 tertentu dan berkepentingan sahaja. Adakah di negara ini keselamatan negara bermaksud keselamatan survival parti politik kerajaan di negara ini, di mana, kita dapat lihat di Malaysia, memang undang2 ini digunakan untuk tujuan ini dan bukan untuk tujuan sebenar memelihara keselamatan negara.

Dalam mengimbangi antara keselamatan negara dan survival mana2 individu parti2 politik kita perlu melihat semula maksud keselamatan negara melalui beberapa aspek iaitu dari ancaman luar dan ancaman dalaman. Untuk tidak bercerita panjang, biar saya ulas ancaman dalaman kerana ancaman luaran sudah jelas dan tiada apa yang menjadi masalah.

Ancaman dalaman boleh ditafsir sebagai ancaman politik, ketidakstabilan awam, ancaman golongan kongsi gelap (saya tak bermaksud nak offend mana2 pertubuhan – ini sekadar penerangan untuk memperbaiki keadaan negara kita: Untuk Agama, Bangsa, dan NEGARA!), dan pelbagai lagi. Arus perdana melihat ancaman politik adalah ancaman daripada parti2 politik pembangkang yang ingin menjatuhkan parti politik kerana atau lebih jelas memusnahkan monopoli Barisan Nasional di dalam pemerintahan negara kita. Ini digerakkan dengan pelbagai cara contoh melalui polis cawangan khas yang sentiasa memantau kegiatan individu2 dan juga pelajar dengan politik.
Sekadar berkongsi, saya pernah menghadiri satu perjuampaan tertutup dengan pihak cawangan khas untuk membincang hal kegitan pelajar yang merbahaya kepada keselamatan negara dan ISA. Berkenaan kegiatan pelajar, sifat betul untuk ambil tahu dan menyuarakan pandangan dan kerisauan politik boleh dianggap mengamcam keselamatan negara – sama amat terkejut dan saya telah kemuka satu soalan bahawa demokrasi adalah melibatkan semua bentuk kebebasan yang mengikut lunas undang2 – juga hal tentang politik merupakan essence dalam demokrasi dan untuk tidak memberi peluang kepada pelajar berbincang mengenainya umpama memberi nasi dan kari ayam tetapi ayamnya tiada – sedangkan ayam itu penting dalam kari ayam, kalau tak kerananya, maka tidaklah ia dipanggil kari ayam. Jadi pegawai tersebut menjawab bahawa ayam tersebut boleh diganti dengan ikan dan sebagainya – ramai tertawa dan kecewa melihat respon diberikan oleh pegawai tersebut.
Berbalik hal tadi, semua pihak perlu sedar, terutamanya hakim2, polis2 yang berjawatan tinggi, BPR, dan mana2 badan yang terlibat dalam kuatkuasa undang2, bahawa keselamatan negara akan lebih terjamin apabila tiada perlanggaran undang2 dalam sesebuah negara teruramanya yang melibatkan dikalangan ahli politik yang bertanggungjawab membuat undang2 -tetapi mereka langgar undang2 dan membuatnya untuk kepentingan sendiri. Dengan cara ini rakyat tidak akan rasa tidak berpuas hati dan sebagai kesan, tiada demonstrasi sana sini, tiada kumpulan ekstrimis politik tiada seleweng dan macam2 lagi. Dari sinilah dan dengan cara inilah kita akan mendapat kestabilan yang lebih kukuh. Buat apa kita mahu menjaga kepentingan ahli2 politik sedangkan masa depan negara yang lebih cerah dan maju akan digadai oleh kestidakstabilan akibat salah segolongan ahli politik kita sendiri?
Apabila undang2 dipatuhi oleh pengamal politik dan ahli2 parlimen, negara kita tidak akan menhadapi masalah atau sebarang ketidakstabilan, dengan ini kita boleh membangun dan membantu rakyat dengan semaksimumnya. Percayalah, ini adalah satu2 cara sahaja yang membolehkan kita memdapat satu keselamatan negara yang mutlak dan adil.
For A Better Malaysia!
Comments
  1. Siddiq Azani says:

    kalau polis dah jadi ejen parti politik,maka negara akan musnah kerana peranan polis yang mmpunyai authority sahajalah yg boleh mmbela negara!

  2. Hubbulhaq (",) says:

    woho…kari ayam jd kari ikan la pulak,hahaha…

    Malaysia truly asia dah jd Malaysia truly rasuah…hm hm.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s