Tentang CYC

Posted: June 18, 2008 in Uncategorized

Saya rasa masih belum terlambat untuk memberi komen tentang isu ini – memandang isu ini masih dalam kajian peguam negara. Biar saya nyatakan dahulu bahawa saya tiada niat nak offend Sultan Pahang, tetapi memberi komen adil berkenaan isu ini.

Baru2 ini CYC dibatalkan oleh kerana tidak ada persetujuan oleh FAM berkenaan dengan perlaksanaan kejohanan berkenaan. Tetapi saya memang tidak bersetuju dengan hal ini kerana kerajaan melalui menteri belia dan sukan pada zaman Azalina telah memberi bajet lebih belasan juta ringgit dan perlu diingat bahawa wang itu adalah duit rakyat – tetapi ini bukan bermakna saya setuju dengan adanya CYC, tetapi melihat duit itu dihabiskan semata-mata untuk menunjuk bahwa FAM ada kuasa memang tidak boleh pakai langsung.

FAM telah sudah lama gagal mengangkat martabat bolasepak Malaysia ke tahap yang sepatutnya – iaitu setaraf dengan fasiliti yang kita ada. Jadi apabila melihat FAM membuat keputusan begini saya amat kecewa – apalah sangat pencapaian FAM yang ingin menegakkan bahawa merekalah berkuasa di arena bolasepak Malaysia – memang menyedihkan! satu lagi tindakan menteri belia dan sukan sekarang tunduk kepada FAM memang langsung tidak boleh diterima kerana itu seumpama menafi kuasa rakyat hanya dengan tunduk ada satu organisasi sahaja.

Ini tidak boleh diterima, walau jumlah wang yang telah dikurnia berbelas juta, tapi sudah terlambat untuk ditarik balik, apa yang patut adalah ia terus dilaksana agar wang yang diberi tidak membazir. Ini tak tunduk dengan FAM, ingat rakyat pilih kerajaan, kat Malaysia ini rakyat paling berkuasa bukan FAM, jadi kenapa FAM perlu ada kata dua mengenai hal ini – tak masuk akal.

Seperti saya kata tadi – takda niat nak offend Sultan Pahang…

Tunduk kepada demokrasi, tunduk kepada rakyat, dan patuhilah notion Raja Berpelembagaan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s