Masalah Kekukarangan Bekalan Makanan – Perlu Diatasi!

Posted: June 18, 2008 in Uncategorized

Kebelakangan ini, kita sering dengar tentang masalah kekurangan bekalan makanan bukan di negara kita sahaja tetapi diseluruh dunia – ini merupakan satu perkembangan yang amat merisaukan semua pihak sebab semua makhluk hidup kene makan untuk hidup – cara mudah untuk memandang perkara ini.

Negara kita telah dikurnia tuhan dengan tanah yang subur, tidak seperti negara2 Afrika yang tandus dan kering, memang tidak sesuai untuk tanaman ruji – contoh: padi dan gandum. tetapi adalah sesuatu yang sedih apabila melihat golongan petani mula beralih dari kegiatan pertanian kepada kerja dapat kaji. Ini mungkin disebab, golongan awal keluarga yang tanam padi telah pun tua dan warisnya memikir untuk berhijrah mendapat kerja lain untuk menyara hidup yang lebih mudah.

Pada saya, cara mengatasi masalah ini di Malaysia, adalah dengan menubuh satu syarikat yang bertanggungjawab membuat penanaman besar-besaran untuk padi dan apa jua makanan ruji yang punyai nilai komersial tinggi. Lihat dalam perlaksanaan projek getah oleh FELDA, sekarang sudah membuah hasil dan memberi satu kesan yang berpanjangan dimana kita tiada masalah tak cukup getah. Ini patut diguna untuk penanaman padi.

Apabila padi ditanam sebegini rupa, orang-orang melayu bolehlah diambil untuk bekerja dengan syarikat ini, ini bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi orang melayu malah dapat memudah dan menambah minat untuk mengusahakan padi. Tambahan pula, apabila projek ini diusahakan secara besar-besaran di peringkat nasional, sudah tentu tidak akan ada masalah kekurangan wang untuk membeli teknologi kerana apabila dana dikumpul secara besar-besaran ia akan memudah untuk kajian dan pemanfaatan teknologi terkini berkaitan penanaman padi.

Dengan ini, kita bukan sahaja dapat keluar dari masalah kekurangan beras malah kita mungkin boleh jadi pengekspot beras terbesar di dunia, tidakkah itu amat bermanfaat untuk negara? Bukan itu sahaja, peluang pekerjaan pelbagai peringkat juga dapat diwujud, sama ada buruh atau professional dalam usaha menjalankan projek tersebut – ini secara tidak langsung akan menarik ramai rakyat Malaysia untuk berminat dalam bidang pertanian. Yang paling penting, kita akan pecahkan monopoli saudagar2 beras yang sentiasa nak untung – malah boleh buat diorang gulung tikar!

Pak Lah kata mahu laksana bioteknologi, apa lagi marilah kita tubuh satu company macam FELDA untuk tanaman padi pula- saya memang amat pasti bahawa cara ini memang akan berjaya dan tidak akan menyebab kerugian kerana semuanya diurus oleh perbandanan korporat dan juga pergantungan pada kerajinan2 petani untuk tanam padi, tidak boleh pakai – manusia ini ada angin kejap nak, kejap tak nak.

Jadi bila lagi, cepat2lah buat, lagi cepat lagi senang kita mendapat sekuriti beras – sekadar mencadang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s