Kenapa Usul Penting Perlu Kelulusan Yang di-Pertua Dewan!

Posted: June 18, 2008 in Uncategorized

Tindakan Parti SAPP menyatakan bahawa mereka akan membawa undi tidak percaya kepada kerajaan BN merupakan satu tindakan yang amat berani dan saya secara peribadi amat setuju dengan pengistiharan tersebut. Umum mengetahui masalah Sabah setelah sekian lama dan setakat ini apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dimana2 negeri memang tidak boleh diterima – lebih2 lagi tentang harga minyak.

Tetapi persoalan disini, mengapa Yang di-Pertua Dewan Rakyat perlu mempunyai kuasa kata putus kerana sepatutnya beliau hanya mempunyai kuasa membenar prosedur dan bukan substantif power yang begitu besar – lebih2 lagi hal berkaitan dengan isu rakyat dan kepercayaan terhadap Perdana Menteri. Sepatut ahli2 dewan rakyat yang lebih berkuasa memandangkan yang di-Pertua hanyalah dilantik oleh kerajaan dan bukan rakyat, siapakah dia untuk menentu apa yang baik dan buruk untuk rakyat – pada saya ahli2 dewan rakyat yang lebih layak menentukan hal ini, Yang di-Pertua hanya perlu jaga prosedur dan perjalanan dewan sahaja.

Tetapi walaubagimana pun, memang jelas kini kerajaan BN telah pun menunjuk kepanikan apabila bertindak menyatakan sokongan dari pelbagai parti komponen yang sebenarnya tidak menunjuk sebarang komen yang betul2 menggambarkan realiti tetapi sekadar membuat komen untuk menjaga periuk nasi masing2.

Tidak lama dulu saya kurang yakin Anwar akan ambil tampuk pemerintahan Malaysia, tetapi sekarang ada benarnya akan ramalan itu, tapi sama2 kita tunggu dan lihat!

Semuanya untuk Malaysia!

Comments
  1. Siddiq Azani says:

    pandikar amin mulia takan berani sekat usul tu…tgk la nanti..kalau dia buat, he is destroying the spirit of Malaysian Parliamentary constitution and killing the notion of democracy. dia pun takut kne tembak ke..ape ke..dia tak berani punyalah!

  2. VENDATOR says:

    fuh, i have afeeling that he will not allow it, as he himself stated that such action must go through him first…

    tapi takpalah, kita tunggu dan lihat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s