Ekonomi Dunia, Kejatuhan Dollar US & Dinar Emas

Posted: June 18, 2008 in Uncategorized

Sekadar makluman, saya pernah dipaksa untuk menyertai pertandingan public speking di kolej teratai – tempat saya tinggal di UiTM Shah Alam – bukan UiTM Malaysia! Tapi sini bukan nak kutuk pasal nama UiTM tapi membincang topik wang. Soalan yang diberi untuk pertandingan tersebut adalah “You & Your Money”.

Sepatutnya, maksud topik ini adalah sebagai pelajar bagaimana kita menguruskan duit kita, tetapi saya memilih untuk sengaja mensalah tafsir kerana terlalu boring topik tersebut. Jadi penafsiran saya untuk topik itu adalah berkenaan ekonomi dunia, kegiatan spekulasi matawang dan dinar emas. Memang topik ini mendapat sambutan, sampai audience minta masa saya cakap lebih panjang lagi. Tetapi ini bukan isunya – yang penting apa yang saya telah temui semasa membuat kajian tentang topik berkenaan – saya amat terperanjat!

Sebenarnya duit yang kita guna hari ini tiada nilai – maksud nilainya diberikan oleh kuasa dan bukan pada nilai sebenar duit tersebut – antara perkara yang pengaruhi nilai, jumlah sesejenis matawang itu, suasana ekonomi dari mana mata wang itu datang dan permainan spekulasi. Kita sudah tentu tidak dapat melupa krisis ekonomi yang melanda negara kita pada tahun 1997, walau saya masih kecil lagi, saya ingat sikit2lah – matawang ringgit jatuh dari sekitar 2 ringgit lebih pada satu dollar kepada 3 ringgit lebih, satu kejatuhan matawang yang drastik dan memberi pelbagai kemalangan kepada ekonomi kita – memang waktu itu kita tersungkur dan senak, nak bernafas pun susah.

Nasib baiklah Tun Dr Mahathir telah berjaya membebaskan kita dari masalah tersebut tanpa dijerat oleh Bank Dunia yang terang2 dimiliki oleh Yahudi Zionis. Sebab utama masalah itu adalah kegiatan spekulasi, dimana pembeli2 dan penjual2 telah mengepam duit masuk ke dalam ekonomi kita dan menigkatkan nilai duit tetapi apabila duit ditarik keluar, nilai matawang kita jatuh. Memang tidak ada sesuatu yang menjaga sekuriti matawang kita, federal reserve bank negara pun tidak akan mampu mengatasi masalah ini tambahan pula duit kita yang langsung tidak ditimbal dengan nilai emas simpanan kerana sistem timbal emas ini telah dihapus sekian lama dulu dalam 70’an.

Untuk makluman juga pada tahun 1975 satu kajian telah dibuat tentang amalan spekulasi dan kegiatan itu hanya wujud 2.5% sahaja kegiatan jual beli mata wang manakala selebihnya adalah pertukaran benar dangan mengikut barng komoditi sebenar tetapi sekarang kegiatan spekulasi adalah 97.5% dan hanya 2.5% melibatkan pertukaran komoditi sebenar. Ini menunjuk bahawa dalam dunia kita ini, perniagaan terbesar ialah kegitan jual beli matawang – tidakkah ini amat memeranjatkan?

Keburukan yang paling teruk adalah spekulator matawang boleh kata lebih berkuasa dari mana2 kerajaan kerana mereka boleh mengundang ancaman untuk memusnah ekonomi negara bila2 masa apabila kerajaan melakukan polisi yang tidak menjaga kepentingan mereka. Setelah itu saya pun carilah penyelesaiannya dan tiada jalan lain yang betul2 berkesan kecuali dengan mengguna matawang yang punyai nilai sebenar iaitu emas, perak dan sebagainya.

Contoh yang paling dekat adalah dinar emas yang mampu melumpuhkan kegiatan spekulasi kerana spekulator tidak akan mampu mengepam emas secara pukal pada ekonomi mana2 mana negara dan nilai emas tidak macam duit yang sentiasa berubah tetapi berudah dalam masa yang panjang dan dalam jangka masa panjang nilainya tetap akan meningkat. Tun Dr Mahathir telah pun cuba melaksana polisi ini diakhir pentadbiran beliau dalam urusan perdagangan di antara negara Islam, belum sempat lagi berjaya, apabila Pak Lah jadi PM, dia cancel polisi ini, memang menyedihkan – mungkin Pak Lah tunduk dengan tekanan spekulasi – sape tahu?

Jadi tuan2, marilah kita meyimpan dalam bentuk emas – kalau kita ada simpanan yang besar, jangan simpan dalam bentuk matawang, sampai masa kita rugi, ringgit kita mungkin akan kene spekulasi. Bukan itu sahaja, kita hendaklah memaksa kerajaan agar mengamal semula dinar emas untuk sekuriti perdagangan kita juga. Perlu diingat emas memang turun naik dalam jangka pendek tetapi dalam masa panjang nilainya tetap akan meningkat – lebih stabil!

Saya tak pandailah pasal ekonomi tapi hati rasa perlu untuk kita tahu dan sedar hal ini – sila komen jika ada maklumat lebih baik atau kesalahan tentang apa saya kata.

Saya memang tengah kumpul duit nak beli jongkong emas, Israel pun memang simpan emas – kenapa kita tak perlu simpan emas?

Comments
  1. Hubbulhaq (",) says:

    tapi jangan lupa…
    kalau kita simpan emas, kena bayar zakat emas tau…sekadar ingatan.hehe

  2. VENDATOR says:

    bukan emas je – duit pun kene zakat, hahaha…

  3. Siddiq Azani says:

    ko kat umah ke kat shh alam skang din?

    tang dinar emas ni, aku tau banyak manfaat jika dilaksanakan.

    tp ak tak nmpk mcmane makenisme yang harus digunakan. maksud aku caranya.

    mungkin patut diserahkan sahaja kepada pakar ekonomi hahahaha.

  4. nawa says:

    Sy cube nk meng’digest’ hujah din pasal ekonomi,ok..dh mule fhm skit2. Ahh..pasni bukak klas ekonomi je la

  5. VENDATOR says:

    hari ni, tgh hari aku sampai shah alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s