Response – Gay Marriage!

Posted: June 16, 2008 in Uncategorized

These are the points made by one of my friend regarding gay marriage in response to my opposition to gay marriage:

“Imposing strict straight marriage laws on them (lesbians) is a denial of right, like what they do in Arab to women because supposedly women are subservient to the other species with a penis.”

Saya amat tidak bersetuju apabila dikata perempuan adalah terpatuh pada spesis lain yang punyai penis, ini merupakan satu penghinaan kepada kaum wanita dan juga memandang rendah tahap seseorang manusia tidak kira lelaki atau perempuan adalah bertentangan di sisi Islam. Kita tahu bahawa Islam telah mengangkat golongan wanita dengan memelihara mereka dari pelbagai fitnah dan perkara2 yang menunjukkan bahawa mereka rosak dari kelakuan dan pemikiran, sebab itulah di dalam Islam peraturan terhadap wanita adalah bukan hak bagi lelaki menganggap mereka adalah dibawah mereka tetapi anggapan wajib yang sebetulnya adalah wanita ini sebagai satu tanggungjawab bagi lelaki.

Kalau kita lihat di negara barat, jangan tengok barat sahaja kat Malaysia pun ada, golongan wanita yang bertindak menafi hukum yang ditetapkan keatas mereka oleh Islam adalah dalam keadaan yang amat hina, lebih spesifik yang mahu seks bebas dan terlibat dengan perbuatan tersebut – amat menyedihkan kalau kita termasuk dalam golongan ini – Islam telah menegah dan dalam usaha menegah telah ada hukum yang datang bersama untuk memasti agar tegahan itu berkesan dan sebagai faedah ramai wanita Islam yang mematuhi peraturan2 ini selamat. Bukan itu sahaja, ini dapat menjaga hak mutlak mereka sebagai seorang wanita, dimana seks melalui perkahwinan yang sah, akan memastikan si suami punyai tanggungjawab terhadap bini dan anak yang dilahir – jadi tiada masalah anak luar nikah. Dari sini jelas menunjuk bahawa hak perempuan di dalam Islam itu amat besar dan lelaki adalah bertanggungjawab mengotakan hak itu – jika tidak mereka bukan sahaja akan dihukum pada hari pembalasan, malah di dunia ada mahkamah untuk memasti hak itu terjaga.

Jadi dapat disimpul disini bahawa tiada penafian hak terhadap wanita jikalau perkahwinan sama seks dilarang – siapa nak jaga hak pasangan kalau claim yang dibawa bukan pada seorang suami tetapi seorang wanita? Kalaulah, salah seorang wanita itu dianggap suami, ini bukan sahaja menafikan hak wanita tersebut untuk dipertanggungjawabkan keatas lelaki malah menimbulkan sesuatu yang tidak mungkin bagi seorang wanita untuk menuntut haknya, baik di dunia atau pun mahkamah. Oleh itu, perkahwinan sama sek tidak boleh berlaku!

“There is no such thing as destiny in this case, because some people are not meant to form a marriage institution. And even if destiny was a factor, then a man and a man could be the work of destiny too shouldn’t it?”

Ada kebenaran atas dakwaan diatas, kita pun sering dengar bahawa jodoh dan ajal itu di tangan tuhan, ini diakui dan patut diterima. Tetapi jika seseorang itu ditakdir untuk tidak mendapat jodoh adakah patut dia melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama? Jawapannya sudah tentu tidak. Dalam soal begini, dalam quran pernah kata, tidak kami ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri dan segala sesuatu yang berlaku itu hanyalah dengan izin Allah. Jadi memang dalam dunia ini, sesetengah manusia akan menghadapi ujian daripada Allah, untuk menentu tahap imannya, jika dia lepas dan sabar maka habuannya memanglah tidak terkira diakhirat nanti dan amatlah besar, tidak terjangkau oleh manusia. Tetapi apabila dia gagal tetapi mempersoal tuhan, ingatlah padahnya amatlah besar, siksaan yang akan menunggunya di akhirat nanti – tetapi perlu ingat Allh sentiasa membuka pintu taubat bagi orang yang mahu bertaubat, Allah itu maha Pengampun dan kuasa.

Kepada sesiapa yang menghadapi masalah suka kepada jentina sejenis ingatlah ini ujian allah, bersabarlah dan berusahalah, nescaya lebih besar ujian kita, lebih besar pahala dan darjat kita disisi allah.

“Gay Marriage doesn’t deny rights of your bad luck women because recognition of same sex marriage doesn’t mean the conventional boring man and woman marriage should be made illegal or antiquated.”

Ini adalah satu realiti tetapi dipandang dengan sudut yang salah kerana perlu diingat hanya berapa sahaja kerat golongan gay atau lesbian di dunia ini, mana mungkin perkahwinan konvensional dihapuskan. Tetapi tidak semestinya memberi peluang untuk perkahwinan sama sek tidak menafikan peluang mana2 individu untuk mendapat pasangan. Apabila perkahwinan sama sek dibenarkan, boleh kata, a handsome amount of people, akan engaged dengan kahwin begini dan sepatutnya mereka mengahwini pasangan yang betul. sebagai akibat peluang yang ditakdirkan tuhan untuk perkahwinan yang sah terhadap individu2 ini akan dinafikan atau dalam erti kata lain tiadalah peluang untuk mereka kahwin lagi dan tambah pula golongan wanita lebih ramai di dunia ini dan lelaki yang sedikit, buat apa nak dihalalkan gay marriage?

“Men are different from animals in a sense that animals don’t get married, so you can’t compare us with animals because we are never going to be the same no matter how hard you try to adjust your face so it looks like a proboscis monkey.” (satu jenis haiwan yang punyai ciri hampir manusia yang ditemui di Indon)

Pertama, saya nyatakan bahawa saya tidak bermaksud hendak menyamakan manusia dengan haiwan, tetapi umum akui manusia itu tergulung dalam mahluk dunia haiwan tetapi yang membezakan mereka dengan haiwan adalah anuderah akal yang dikurnia tuhan. Tujuan saya membanding dengan haiwan diatas dasar bahwa perkahwinan sama sek adalh bertentangan dengan hukum alam, adalah semata-mata untuk mengkategorikan manusia – ialah kita tahu bahwa dunia ini ada haiwan, tumbuhan dan bumi. Jadi itu sebab saya membanding ianya dengan haiwan dari segi orientasi seksnya!

Seperkara lagi, ada haiwan yang bertindak menjalani hubungan seks sesama jenis tetapi sungguhpun begitu mereka tetap bersenggama dengan orientasi pasangan yang betul untuk memdapat kemandirian spesis, jadi manusia juga perlu kemandirian spesis, kalaulah kahwin sama seks dibenarkan, sudah tentu pertambahan populasi manusia akan menurun, menurun bukan maksud jumlah manusia turun pertumbuhan jumlah manusia itu akan berkurang tambahan pula dunia hari ini meyaksi manusia lebih ramai yang memilih untuk kurang anak – tak kisahlah itu hak masing-masing. Tetapi menjadi masalah apabila ada segolongan yang cuba tak mahu kahwin dengan orientasi yang betul, ini merupakan satu tindakan tak bertanggungjawab jikalau mereka fikir keseronokan seks mereka sahaja atau cuba mengelak tanggungjawab melahir dan menjaga anak!

Kesimpulan, maaflah, aku tulis dari perspektif Islam, kerana itulah cara aku memandang isu ini, kepada kawanku, adakah penjelasan ini memuaskan hati anda?

Comments
  1. Siddiq Azani says:

    ANTI GAY!ANTI GAY!TAKBIR!!

  2. Hubbulhaq (",) says:

    woho…adakah ini din yg aku kenal???

    muahahaha..Syabas!

  3. Anonymous says:

    what goes against the nature always have bad effects….

  4. Siddiq Azani says:

    aku dah post pelan pembangunan negara islam pas tu kat blog aku..liberated.net pnya

  5. nawa says:

    Wah bijak and berani la cik din ni..dpt markah lebih ni!!hehehe

  6. VENDATOR says:

    hai nawa ni, bodek2 pulak, takkan nak jadi ahli UMNO tipikal yang suka bodek!

    apa2 pun gay or lesbian is a desease and it must be deterred by all means possible!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s