Artikel Mingguan Malaysia, Undang2 & Moral – Respon Saya!

Posted: June 15, 2008 in Uncategorized

Untuk membaca artikel berkenaan sila layari blog saya yang lagi satu di:

http://aizuddinsapian.blogspot.com/

Saya amat tidak bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh penulis ini, berikut adalah ringkasan tentang apa yang dia kata:

1 – Menyatakan lega diatas tindakan Badawi dan menteri2nya yang tidak ingin mendakwa mereka yang dituduh atas sebab negara punyai banyak masalah lain untuk dihadapi tambahan boleh menjimatkan wang rakyat – kesalahan itu pun rakyat sudah tahu.

2 – Menyatakan bahawa manusia itu bukan baik secara mutlak – menyimpulkan kepada hakim2, tentang cara menjatuhkan satu keputusan kehakiman yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor manusia. Hakim menurutnya munjatuh hukuman sebab dendam – keadilan tidak akan berlaku – tambahnya ramai yang dihukum diluar mahkamah dari dalam mahkamah.

3 – Menyatakan kita meninggalkan pertimbangan moral (mengikutnya adat resam hormat menghormati dan tolak ansur di kampung2) – dalam usaha kita mengikuti dan mengambil etika barat dalam etika kehakiman dan undang2.

Ini respon saya:

1 – Tindakan penulis menunjuk rasa lega adalah langsung tidak menepati utaran moral dan islam yang dibuat beliau, Islam amat menitik beratkan prinsip keadilan dengan melatakkan sesuatu itu pada tempat yang sesuai baginya. Penulis tersebut menyebut bahawa kita jangan meninggalkan moral masyarakat melayu dan adakah penulis cuba mengatakan bahawa masyarakat melayu itu memang kurang moral atau langsung tidak bermoral dalam hal ehwl kehakiman – dengan membiarkan orang yang kita sudah tahu bersalah tanpa dihukum? Kenyataan menteri berkenaan yang pendakwaan tak perlu dibuat kerana umum telah mengetahui apa yang telah terjadi – ini merupakan satu lagi silap besar, umum tahu adalah satu andaian dan dalam Islam mahupun undang2, andaian tanpa bukti adalah sesuatu yang langsung tidak boleh diguna – apatah lagi menjadi sebab atau faktor utama dalam membuat keputusan untuk sesebuah negara. Ini bukan sahaja tidak adil kepada orang yang dizalimi malah juga tidak adil bagi orang yang dituduh – hanya tuduhan dilemparkan terhadap beliau tetapi buktinya tiada hanya bersandar pada anggapan politik umum sahaja.

2 – Saya juga membantah keras apabila dia kata bahawa manusia itu tiada kebaikan mutlak dan dari sinilah aspek moral profession dapat mengawal mereka tetapi dia setuju apabila Pak Lah tak mau dakwa siapa yang dituduh, apakah yang cuba dia sampaikan sebenarnya, adakah dia cuba untuk mengatakan bahawa kepatuhan kepada moral ini tidak tertakluk apabila kita ingin maju kehadapan atau kita boleh meniggalkan nilai moral kita semata-mata untuk pembangunan material?

Sebut pasal manusia, yang manusia tidak sempurna, tapi mengapa agaknya kita ada undang2 dan kehakiman? Kalau ikut tulisannya, kita kene tafsir bahawa undang2 hanya untuk mengawal manusia dan moral tetapi apabila ia ada kene mengena dengan periuk nasi kita – kita boleh abaikan. Memang orang ini tak bermoral dan beretika, kalau dia jadi hakim, saya ingat dia senang untuk dirasuah!

Dia juga kata bahawa hakim itu manusia dan terpengaruh dengan moral apabila menjatuh hukuman, ini tidak benardan kalau benar memang ada mekanisma untuk membetul masalah ini – iaitu sistem rayuan mahkamah yang dinyatakannya dalam tulisannya – tetapi mengapa dia menegakkan bahwa hakim juga terpengaruh dengan peresaan dan dendam apabila inginmendedahkan sesuatu sedang dia kata kita ada sistem rayuan?

Bagi saya, kita perlu sokong hakim2 ini yang cuba mewujudkan satu suasana untuk kebebasan badan kehakiman – ini bukan sahaja prinsip penting sesebuah negara malah, kehakman yang akan menjaga hak kita sebagai manusia di Malaysia ini daripada salah guna kuasa.

Apabila dia berkata lebih ramai dihukum di luar mahkamah, saya tafsir sebagai jatuh sabit oleh dakwaan umum, ini tidak adil dan sepatutnya perbicaraan diadakan untuk tentu sama ada dia salah atau tidak. Ini tidak, dia komplen ramai kene hukum kat luar tapi sokong bila Badawi kata tak perlu dakwa!

3 – Saya rasa memang dia betul tentang perkara ini, tentang meninggal adat sopan kampung kita, saya kata kampung bukan maksud ketinggalan tapi adat santun melayu kita, dalam usaha mengikut moral barat dalam etika undang2 dan kehakiman. Pada saya dia perkara ini memang patut ada seiring, bukan sahaja kita bagus dari segi etika lain tapi adat sopan kita ada juga. Tapi apabila pada awal tadi dia stuju Pak Lah tak dakwa pesalah, adakah kita patut terima nasihat ini daripada dia, sedangkan dia cakap tapi tak buat malah buat yang bertentangan dengan prinsip yang kita ada dan ikut. Malah dia bukan sahaja cakap tek serupa bikin tetapi memburuk adat santun melayu Islam apabila cara tulisannya di awal tadi menunjuk bahawa umpama islam dan adat santun melayu itu tidak langsung punyai etika yang kata siapa salah dia tanggung malah patut dihukum untk membari pengajaran kepada yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s