Ape Yang Merisaukan Saya – Apa nak jadi Dengan Islam Malaysia!

Posted: June 14, 2008 in Uncategorized

Pada waktu petang tadi, semasa saya dalam perjalanan balik selepas menjalani kursus 6 jam untuk mendapat lesen L kereta, pengelola sekolah memandu tersebut telah menghantar seorang budak perempuan Cina ke sebuah kawasan yang lebih kurang macam Biara tahap universiti. Tempatnya amat ekskusif macam hotel 4 star, memang saya amat kagum dengan tempat itu yang pada hakikatnya tersorok dan diatas bukit serta dikelilingi oleh rumah-rumah kaum Cina yang agak lama dan banyak.

Saya terus bertanya, apakah tempat ini, jawapan saya terima, ini adalah sekolah khas bagi budak-budak ini (mereka dalam lingkungan pasca form 5) untuk mempelajari secara mendalam bagi agama kristian. Selepas itu dalam perjalanan balik, saya telah melalui satu kawasan yang mempunyai satu tokong buddha yang bukan berbentuk tokong tetapi bentuknya seolah macam sebuah madrasah besar untuk menkaji agama buddha.

Melihat pada keadaan saya mula merasa risau, wah dasyatnye, ape nak jadi pada Islam ni, kerana saya teringat satu teori bahawa agama, tidak kira agama apa, akan berkembang jikalau usaha mengkaji agama dilakukan di kawasan setempat – ini satu fakta yang memang tidak boleh di tolak lagi. Saya mula memikirkan apa akan jadi kepada Islam kalau agama-agama ini berkembang, tidakkah majoriti kita dikurangkan, tidak kisahlah kalau agama-agama tersebut berkembang kepada orang bukan Islam – jumlah kita akan susut. Lihatlah juga tindakan yang begitu rajin tanpa putus asa misionari Kristian yang menyebar agama mereka dikalangan orang asli, sudah berjaya ramai yang memeluk agama Kristian.

Melihat kepada situasi diatas saya fikir kalau inilah cara kita atau fakta yang kita alami, kita sebenarnya akan melemahkan agama Islam, bukan dengan memberi kelulusan kepada agama lain untuk bertapak di sini tetapi tindakan Jabatan Agama Islam atau mana-mana organisasi Islam yang cuba menyebar agama Islam tetapi tidak dapat menandingi usaha dari pengamal agama-agama lain. Mereka sudah berusaha lebih, sudah tentu mendapat keputusan dan penerimaan yang lebih baik.

Di sini, sebagai respon kepada situasi dan kerisauan ini, saya menyeru kepada sesiapa yang mampu, berkaitan dengan mana-mana pihak agama, mempunyai mana-mana kable, atau sesiapa yang mempunyai autoriti untuk mengambil endah masalah ini dan mengatasinya dengan cara-cara berikut:

1 – Tingkatkan usaha misionari mengembang agama Islam diseluruh negara tidak terhad kepada umat islam dan di kawasan berpenduduk sahaja.

2 – Melakukan apa sahaja yang perlu oleh sesiapa sahaja untuk menunjuk perangai yang baik dalam usaha menunjuk agama Islam yang baik dan yang terbaik di antara agama-agama yang wujud di negara ini.

3 – Menambat hati golongan muda agar tidak sesat, ini dapat dilakukan dengan tidak memaksa atau menghukum mereka yang tidak melakukan apa yang dituntut Islam, tetapi menjelaskan kepada mereka dengan hemah agar mereka tertarik kepada Islam.

4 – Kepada yang berperangai syaitan macam saya, saya harap – tak kisah mereka macam syaitan pun janji mereka mengamalkan sekadar cukup apa yang wajib dan mempunyai hati yang ekstrem terhadap Islam, ini agar walau kita kurang dengan bende agama, tapi hati kita dan Islam kuat – jadi dapat menolak pengaruh luar dengan baik. dalam erti lain, kita tahu sikit sebanyak mengenai fundamental Islam.

5 – Pihak baitulmal bolehlah melakukan usaha yang lebih lagi untuk membantu umat Islam yang miskin, bukan fakir sahaja, kerana Rasulullah S.A.W. pernah bersabda bahawa kemiskinan itu hampir kepada kekufuran.

Sebagai kesimpulan, marilah kita bersama menangani masalah ini dengan cara yang baik dan bertoleransi kerana berkonfrontasi kepada golongan bukan Islam tidak akan membari sebarang kebaikan kepada kita di Malaysia.

Harap boleh dilaksana…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s