Mari Laihat Bagimana Aku Berjimat – Minyak Punye Pasal!

Posted: June 13, 2008 in Uncategorized

Semua orang sudah pasti dah mula berjimat semata-mata menghadapi kenaikan harga minyak yang memang pasti dan terbukti mempunyai domino effect keatas barang secara amnya. Untuk itu terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membantu untuk mendorong rakyat berjimat dengan cara menaik harga minyak.

Bagi aku memang betul harga minyak naik banyak kesannya, jadi inilah cara aku akan berjimat:

Rokok – Satu kotak 18 hisap untuk dua hari, kalau sebelum ini sekotak sehari, terpaksa surrenderlah, kos bahan lain naik – lagipun baik untuk kesihatan.

Kenderaan, minyak kereta ulang alik ke Melaka sudah mencapai lebih RM50, boleh jadi sampai RM 70, jadi trip akan dikurangkan, begitu juga motor yang sebelum ini hanya RM5 isi penun, tapi sekarang RM8, banyak tuh, mahal beb…

Member – aku minta maaf pada member2 akulah, dulu boleh selalu belanja, sekarang aku terpaksa berkira, kalau nak rasuah makanan tu dah sekarang tak boleh lebeh dari RM 5, kalau dulu boleh lagi sampai lebeh RM10.

Makan – kalau sebelum ni aku sering makan kat santai di seksyen 11 shah alam, lepas ni dah tak bolehlah, untk sem akhir suksis, untuk aku lah, aku akan belanja kredit dewan makan yang sebelum ini tidak diguna, kalau makan diluar aku akan makan kedai yang harga patutlah, contoh di seksyen 6 kat pasar tu, murah beb…

Hiburan – aku akan terus melayari internet untuk elak keluar, pasal wayang aku limitkan satu bulan satu wayang – kalau ade cerita best tarik quota bulan lain, kalau lepak, cari kedai melayu atau kedai mamak murah…

Tentang duit – dulu aku rasa purata RM50/3 hari aku akan ubahlah, insyallah, kalau boleh RM50 boleh tahan dalam, minimum 3 hari, maksimum 5 hari, aku rasa yang ni pasti boleh buat, lepas tu duit akan aku serahkah pada emak aku suruh dia pegang, kalau tak aliran tunai keluar poket memang terbaik…

Barang study, aku beli pensel box dan jaga barang baik2, aku cube tak ulang sebelum ni, sebagai seorang yang penderma pen kat orang, pinjam takpa, jgn lupa pulang yeh…

Photostat, dulu aku memang slalu photostat, byk article yand takde mengene dgn study tapi ilmulah, sebab pasal politik, sejarah, dan lain-lain, jadi kali ni kalau takde keperluan tak payah fotostat…

Tentang buku, wah aku memang minat membaca dan sudah menjadi satu habit, apabila pergi kedai buku mesti poket jadi kosong, beli buku, mahal2 pulak tu, slalu kalau takda duit pinjam member, pastu bayar balik – untuk atasi, aku akan stop beli buku dan hanya bergantung pada internet, aku akan juga habiskan buku2 yang belum baca dan mungkin pinjam dari kawan2 yang ade…

Sekian, doakan aku berjaya yeh, hahahaha….

Comments
  1. Anonymous says:

    bkfhbapak ahh..ko nie anak jin ape…?
    dlu mase aku smoke aku isap satu ari 2btg rokok jer MAXIMUM..aku beli Dunhill 14..so ley tahan sminggu..agak2 ar ko 18btg shari…=S

  2. VENDATOR says:

    agak ah…

    teruk ke? lah takut aku, aku hisap rokok banyak sangat…

    woi, teruk ke aku hisap?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s