Desakan Khir Toyo – Tak Tolong UMNO Mahupun Islam

Posted: June 9, 2008 in Uncategorized

Tindakan Khir Toyo yang mendesak kerajaan negeri Senlangor supaya menkaji semula keputusan menghapuskan kuota kawasan rumah ibadat (lihat utusan hari ini) langsung akan membawa impak negatif kepada UMNO. Sebagaimana yang kita faham UMNo merupakan parti utama dalan Barisan Nasional yang menentukan perjalanan negara kita dan juga menentukan nasib golongan bukan melayu.

Apabila Khir Toyo membuat desakan demikian, ia akan menghakis lagi kepercayan dan harapan orang bukan melayu kepada de facto parti dalam Barisan Nasional itu. ini juga akan dilihat sebagai usaha untuk menyekat kebebasan beragama di Selangor dan di kalangan ahli UMNO. Tindakan tersebut adalah bertentangan dengan Islam yang tidak pernah menganjur agar agama lain disekat, ini bukan sahaja akan menampakkan bahawa Islam agama yang kejam tetapi akan mengurangkan daya penarik Islam terhadap agama lain.

Apabila beliau membangkit sensetiviti orang melayu, saya fikir ini salah, orang melayu adalah Islam, dan seorang Islam yang memang betul-betul Islam patut mengikuti ajaran Nabi dalam soal bernegara iaitu tidak mengganggu agama lain, lihat kerajaan Islam Madinah dulu, Nabi tidak mengganggu apatah lagi meletak kuota rumah ibadat kepada mereka. Tindakan beliau juga akan menafikan prinsip kebebasan agama di Malaysia seturusnya melemahkan lagi pandangan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Tak rasional letak kuota rumah ibadat negara lain – bukan sahaja bertentang dengan Islam tetapi tidak mendokong prinsip demokrasi dan kebebasan yang diperuntuk Perlembagaan dan status negara kita yang sekular seperti dipandang mahkamah – bukan dari kacamata pemerintah!

Comments
  1. nawa says:

    aa..i agree with u!! kuota rumah ibadat is irrelevent,klu nk jimat duit potonglah elaun khir toyo himself!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s