Mahathir – Semua Untuk Negara!

Posted: June 8, 2008 in Uncategorized

Tentang Tun Dr Mahathir yang merupakan salah seorang idola saya. saya daripada dahulu memang mengagumi pimpinan Tun Dr Mahathir, memang diakui bahawa dalam pemerintahannya amalan kronisme adalah sesuatu yang jelas, tetapi setidak-tidaknya pun amalan tersebut bukanlah dilakukan oleh beliau untuk kepentingan diri tetapi untuk kepentingan Barisan Nasional dan UMNO.

Apabila cakap tentang kroni Mahathir, saya fikir beliau mengamal kroni hanya untuk memastikan kestabilan, dimana beliau memilih orang yang kurang menentangnya dalam pentadbiran untuk memastikan kelicinan pentadbiran, mungkin sesuatu yang betul lihat anaknya, setelah beliau keluar parti baru dapat masuk UMNO untuk berpolitik, ini jelas.

Tun Mahathir juga memang terlibat malah terbukti dengan tindakan kuku besinya memecat orang-orang tertentu, contoh, Anwar, Salleh Abas, dan lain-lain serta tindakan menarik royalti semasa Terengganu bawah PAS, menarik kuasa mutlak mahkamah untuk review dan macam-macam lagi. Adalah penting untuk kita faham Tun merupakan seorang negarawan, beliau melakukan ini semua, yang pada saya keji, untuk negara dan bangsa melayu, untuk memastikan kelicinan pentadbirannya dan tidak lebih dari itu.

Apabila orang tuduh Tun mengaut keuntungan negara, saya rasa itu silap, contoh Petronas, beliau dilantik menjadi penasihat dengan gaji yang tinggi tetapi nasihatnya tidak pun dicari oleh syarikat tersebut. Beliau tidak punsesekali memastikan beliau mendapat jawatan itu. Kedua, dalam jatuh bangunnya dalam UMNO, dia dalam usaha berjuang untuk orang melayu sampai kene buang dari UMNO, dia semasa dan tiap kali menasihati orang melayu supaya sedar dan berubah, sampai menagis baca sajak, ade dlm satu video kat youtube.

Masa letak jawatan, beliau umpama susah nak melakukannya, bukan sebab gila kuasa tapi sedih, berat dan takut apa akan jadi pada UMNO dan melayu selepas ini, tengoklah UMNO – apa sudah jadi? Jadi, walaupun saya mengutuk Tun, namun saya tetap kagum terhadap beliau dan kalau boleh mahu berjumpa dengannya mengucapkan terima kasih kerana kali terakhir saya berjumpa dengan beliau ialah ketika darjah tiga, itupun kedudukan beliau adalah 500 meter dari saya.

Terima Kasih, Tun…

Comments
  1. nawa says:

    Tu la mse die jdi PM xnk g putrajaya time smbut raya!! kn blh salam lg smbil dpt duit raya sringgit!!huhu

  2. VENDATOR says:

    takda peluang waktu tuh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s