Masalah Kalau Apung Harga Minyak

Posted: June 4, 2008 in Uncategorized

Keputusan kerajaan untuk menghapuskan harga minyak baru-baru ini telah menimbulkan satu kerisauan tentang kesan tindakan tersebut, berikut adalah kemungkinan atau kontra penghapusan subsidi minyak:

Beban yang ditanggung rakyat akan meningkat disebabkan oleh faktor harga minyak yang akan menyebabkan harga barang akan meningkat secara mendadak dan mungkin melambung tinggi, walaupun subsidi diberikan dalam bentuk yang lain, kos sara hidup dari segala segi akan meningkat ini kerana kalau pegawai kerajaan telah dinaikkan gaji bagi menghadapi kenaikan harga minyak, mereka yang bekerja di sektor swasta tidak akan menikmati keistimewaan yang sama, peningkatan gaji mereka hanya akan berlaku dalam tempoh yang panjang dan tidak setara untuk mengimbangi kenaikan segala segi harga barang akibat peningkatan harga minyak, lebih ramai rakyat yang akan menghadapi masalah keewangan.

Subsidi atau bantuan yang akan diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan atau yang layak tidak akan meliputi semua aspek keperluan harian, ini akan mewujudkan satu beban yang besar kerana pengaruh harga minyak ke atas indeks barangan pengguna itu sendiri.

Sebagai negara pengeluar minyak, yang dimonopoli petronas, yang memperoleh pulangan lebih 70 bilion setiap tahun mampu menampung subsidi minyak untuk rakyat sekaligus menafikan peningkatan harga barang yang mendadak akibat penarikan subsidi, ketidakstabilan harga barang yang dipengaruhi harga minyak dunia yang tidak stabil juga dapat ditangani atau diminimumkan, sekaligus memberi ruang untuk kuasa beli dan memenuhi keperluan hidup golongan berpendapatan rendah.

Berdasarkan pendapat di atas saya menyeru agar mana-mana pihak yang mempunyai autoriti untuk berbuat sesuatu untuk mendesak kerajaan agar menarik balik dasar untuk menghapuskan subsidi minyak kerana ini berdasarkan satu pepatah orang putih yang berbunyi “kalau terpaksa pilih diantara dua kejahatan, pilihlah yang mana paling kurang jahat”, dalam ertikata lain, pilihlah jalan yang lebih kurang merugikan kerana, penarikan subsidi minyak memang akan menguntungkan kerajaan tetapi bukan rajyat secara umumnya yang pasti akan terbeban dengan perubahan mengejut di dalam ekonomi negara. Kalau pun mesti dihapuskan, dimana tiada jalan lain, lakukanlah dengan berperingkan sesuai mengikut perubahan semasa kemampuan keewangan rakyat secara umumnya.

Comments
  1. Nawa says:

    After this barang runcit mule la naik harga. Subsidi tu mncukupi ke?

  2. VENDATOR says:

    itulah masalahnye, biasanya subsidi kalau diberi secara wang terus kita akan rugi sebab majoriti rakyat Malaysia tak semak spending, tu yang aku takut tuh, sbab aku pun camtuh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s