Cara Menangani konflik Agama di Malaysia

Posted: June 4, 2008 in Uncategorized

Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum patut mengamalkan toleransi dalam hubungan antara kepalbagaian agama yang wujud di negara ini, ini bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan hubungan diantara pelbagai kaum di Malaysia. Ini dapat dilakukan dengan mempertahankan Islam dengan cara ang sopan, toleransi, diplomatik dan membina dan bukan secara mengancam atau menakut-nakutkan agama lain.

Bagi yang beraga Islam termasuk saya, memang apa yang di ajar nabi dan al quran tentang kebenaran agama Islam itu sendiri, tetapi kita mestilah jangan melupakan apa yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. pada ketika beliau memerintah negara Islam pertama Madinah, Baginda menunjukkkan sifat toleransi yang tinggi kepada yang bukan beragama Islam.

Cara kita menjawab tuntutan ataupun apa-apa persoalan daripada golongan bukan Islam tentang agama kita patutlah dalam cara yang tidak mengguiris perasaan atau berbaur ancaman, bukannya kita menafikan hakikat kebenaran Islam tetapi cara-cara yang ofensif sebegini tidak akan memberi manfaat apa-apa pun kepada agama Islam dan umat Islam yang menepati salah satu hadith Nabi yang mengatakan umat aku pada satu zaman nanti akan menjadi seperti buih-buih di lautan, maksub yang tak berguna.

Sebaliknya kija kita menggunakan toleransi dalam cara kita memberi respon kepada orang bukan Islam, secara tidak langsung kita umat Islam akan dapat menarik orang bukan Islam untuk minat kepada Islam, menakut-nakutkan mereka tidak akan memberi manfaat kepada kita yang sudah diakui dalam keadaan lemah ini, sebaliknya jikalau kita bertoleransi kita akan dapat menarik lebih ramai orang bukan Islam kepada Islam, mungkin dengn menganuti agama Islam atau pun paling kurang menerima ajaran dan hukum-hakam yang dianjurkan di dalam agama Islam.

Jadi, marilah kita berbaik dn berlembut dengan orang bukan Islam selagi boleh untuk kebaikan kita bersama agar hasrat mempromosi agama Islam di mata orang bukan Islam dan harapan untuk mewujudkan satu penerimaan dikalangan orang bukan Islam terhadap sistem negara Islam tercapai pada masa akan datang.

Comments
  1. naruto onepiece says:

    Semoga saja Islam dapat berjaya dengan syariah dan daulah islam
    http://politik.infogue.com/cara_menangani_konflik_agama_di_malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s