Tak Guna Disesali – Jangan Diulang Lagi – Mari Lihat Aku Bangkit!

Posted: June 3, 2008 in Uncategorized

Pada Hari sabtu yang lepas aku telah mengetahui keputusan peperiksaan untuk semester ini, pada awalnya, aku tercengang, terkejut, terkesima, segala apa yang boleh aku kawal dalam badan ini terhenti, kerana terlalu terkejut mendengar keputusan aku yang merudum, menjadi CGPA 2.89 dan GPA untuk semester ini, setelah didarab dua dan ditolak GPA semester lalu, dapat lah aku GPA semester ini, 2.71.

Selepas terkejut itu aku mula menarik nafas, memikirkan apa yang patut aku lakukan, setelah lama aku fikir, aku sedar tidak apa yang boleh dilakukan melainkan, membuat rayuan atau mengulang semula subjek yang fail, kalau ada. Tapi aku masih tidak boleh menerima kenyataan, pada malam itu juga aku terus mengambil kunci motor dan beg duit, aku terus naik motor, tidak aku tahu kemana nak dituju, tiba-tiba aku nampak sebuah warung, aku singgah minum teh, tenangkan fikiran.

Yang teruknya, semasa aku turun dari motor, betul-betul di bahu jalan, terasa hati ini nak pergi ke tengah jalan itu, biar dilanggar sahaja dengan kereta atau lori, tetapi nasib baik tuhan ada di dalam hatiku, setelah aku duduk menghisap sebatang rokok winston, aku berfikir ada bagus kalau aku panggil rakan-rakan luahkan masalah dihati, antara yang aku panggil, saudara izahar, syiimir, sapian, wan nur elani, edy rela, fendy um, terima kasih aku ucapkan kepada mereka ini kerana sudi memberikan nasihat, hati aku rasa tenang sedikit, lepas itu baru aku gerak balik ke rumah makwe (nenek: cara panggilan), bolehlah sampai dirumah aku berkata-kata dengan makcik saudara aku tentang berita malang itu, dia tidak respon tetapi kutuk aku hisap rokok, apalah…

Nasib baik waktu itu aku di melaka, di kampung yang bakal menjadi tempat mastautin keluarga aku tiga tahun lagi, boleh dikatakan tiada siapa yang betul-betul tahu pasal keputusan peperiksaan universiti, kalau ada yang tahu dikalangan rakan, aku rasa semua kene tengking dengan aku, aku pun tak pasti perasaan malam itu, bercampur-baur, sedih, terkejut, marah, tidak puas hati, macam-macamlah, tetapi nangis itu jauh sekali, tidak lelaki orang kata.

Aku pun sebenarnya dapat bertenang kerana aku sendiri sedar apa yang aku buat semasa semester ini sampai dapat satu musibah yang begitu teruk, aku kurang study, tak semak semuala apa yang dah belajar, tak baca kes, kutuk lecturer kaw-kaw, ponteng (walaupun dalam hidup ini aku tak pernah ponteng mana-mana kelas) tetapi aku dah mula buat dalam semester ini, sebelum keputusan ini keluar, aku tidak dapat menjangka, tidak seperti semester satu dimana aku jangka semua dapat B, mungkin kebetulan, semua subjek B, tetapi pada semester ini aku sampai sanggup berpuasa nazar seminggu kalau dapat GPA 3.00, sebab takut tidak dapat GPA 3.00, tetapi tuhan itu maha kaya dan adil, akhirnya aku dapat lebih jauh rendah dari GPA 3.00 iaitu 2.71.

Aku berjanji dengan Allah S.W.T (kalau janji dengan diri sendiri tidak akan jadi), aku akan perbaiki keadaan, iaitu:

~ semak semula apa yang telah dipelajari secepat mungkin dalam 48 jam dari masa selepas belajar.
~ baca kes: paling kurang yang penting, landmark case atau yang tepat dengannya.
~ cuba elak ponteng kelas, jika tiada alasan munasabah.
~ beri lebih komitmen dalam kelas, dengar dengan khusuk dan lebih aktif libatkan diri.
~ tidak kutuk lecturer: melainkan dia (lecturer) memang layak dikutuk.
~ datang kelas awal: 3 minit awal sebelum kelas.

aku juga berharap kepada yang membaca post ini, tolong doakan aku berjaya memulihkan kembali reputasi markah din buncit din fakulti dan mematuhi janji dengan tuhan diatas, yang membaca juga boleh menjadi saksi.

kepada kawan-kawan yang belum check, aku doakan semua dapat result yang baik, aku boleh dikata sebagai gugur di medan perang, sekarang tinggal kamu semua yang belum tahu nasib, insyallah, redult kamu semua akan dapat bagus, yakin pada tuhan dan usaha kita…

Comments
  1. Anonymous says:

    Dh xde rezeki nk bt cmne. Mgkin dgn dugaan ni U akan usaha harder or the next exam. Besides that, jadikn u lbh tabah harungi cabaran hidup!! All the best ok!

  2. nawa says:

    Dh xde rezeki nk bt cmne. Mgkin dgn dugaan ni U akan usaha harder or the next exam. Besides that, jadikn u lbh tabah harungi cabaran hidup!! All the best ok!

  3. VENDATOR says:

    thank you, i will…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s