Mahathir Keluar UMNO – Tanda UMNO Parah

Posted: May 25, 2008 in Uncategorized

Sebelum saya terus menulis, ingin saya nyatakan di sini bahawa saya amat sedih mendengar berita megenai Tun keluar UMNO.

Sebagaimana umum sedia maklum, Tun merupakan seorang pemimpin yang telah berjaya membawa Malaysia kepada menjadi sebuah negara yang dihormati di rantau asia tenggara dan kadang-kadang terkenal di dunia dengan nama beliau sediri. Saya terbaca satu artikel dalam Mingguan Malaysia, satu ketika dulu, lama sudah, bahawa wartawan kita ditangkap atau diculik oleh pengganas, menurut wartawan tersebut, apabila mereka menyebut nama Tun, mereka dilepaskan dan diberikan satu reaksi yang begitu menggembirakan daripada penggaas tersebut – begitulah, respect yag diberikan kepada Tun yang terkenal di arena dunia, bahawa beliau sering berjuang menentang tindakan polis Amerika terhadap negara-negara Islam di rantau asia barat.

Jikalau diikutkan pada sejarah, Tun merupakan seorang tokoh yang paling hebat dalam berjuang tentang hak-hak dan dalam usaha membantu orang melayu. Ini dapat dilihat sebelum beliau masuk ke dalam parti UMNO, dimana semasa pelajar lagi, beliau sudah mula meluahkan pedapat mengenai politik dan orang melayu khasnya degan nama pena che det, setelah memasuki UMNO, tidak-tanduknya yang terlalu lantang memperjuagkan hak melayu telah meyebabkan beliau dibuang dari UMNO, kalau hendak disebut disini tentang jasa Tun terhadap orang melayu, memag tak terkira.

Kini, setelah meletakkan jawatan sebagai presiden UMO, dan juga sebagai perdana menteri beliau kembali membuat kritikan terhadap kepimpinan UMNO, oleh kerana kelantagan beliau megutuk kepimpian UMO, beliau sudah kini dianggap musuh oleh kepimpinan UMNO, dapat dilihat bagaimana Tun cuba dielakkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, bahawa beliau cuba dielakkan supaya dapat memberi ucapan pada ahli UMO, dan sampai ke tahap ahli UMNO sendiri dilarang untuk berjumpa atau menghadiri mana-mana ceramah yang diberikan oleh Tun.

Melihat situasi ini, jelas menunjukkkan bahawa UMNO, sudah sombong, sudahlah pandagan dari veteran pemimpin UMNO yang tersohor pun tak didegari apatah lagi ahli-ahli UMNO akar umbi. Apabila Tun mengatakan yang UMNO has now become completely paralysed, pada saya ada benarnya kata Tun ini, memanglah, kalau dilihat dari zaman petadbiran beliau semasa mejadi pemimpin UMNO, beliau telah memupuk budaya tak boleh kritik pemimpin ini, tetapi memandangkan UMNO ketika itu yag dipimpin oleh Tun, pada saya itu tidak ada masalah, kerana Tun sendiri telah membuktikan bahawa beliau telah berjaya sebagai pemimpin UMNO, ini apabila jatuh pada Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya rasa kalau tak ditegur memang akan ada masalah pada UMNO khasnya dan pada Malaysia amya. Bukti yang paling jelas adalah keputusan pilihanraya ke-12 tempohari BN kalah di lima buah negeri termasuk Selangor dan hilang majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih dapat membentuk kerajaan. Setahu saya, semasa UMNO dibawah Tun, BN tidak pernah pun hilang 2/3 majoriti, dan ini adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh sesiapa pun, memanglah telah dijangka bahawa sokongan terhadap BN akan merosot, tetapi tidaklah sampai hilang majoriti 2/3 di parlimen dan kalah di lima negeri termasuk, Selangor.

Apabila Tun keluar dari UMNO, tidak kisahlah itu cabaran dari orang PAS kah siapakah, yang penting kesanggupan Tun untuk keluar dari UMO sendiri sudah menunjuk bahawa UMNO dalam keadaan yang parah, ahli-ahli UMNO sepatutnya membuka mata dan megikuti saranan yang telah dikemukakan oleh Tun sebagai usaha untuk memastikan survival UMNO, dengan tidak mengikut saranan Tun, ahli UMNO sebenarnya menjudikan nasib orang melayu di tangan pemimpin yang telah terbukti membawa kekalahan teruk kepada UMNO.

Renungkanlah wahai ahli-ahli UMO, kalau tidak ada perubahan dengan kepimpinan parti sekarang UMNO akan menemui kemusnahan, dan pada waktu itu, nasib orang melayu akan terombang-ambing. Dengarlah cakap Tun, walaupun ada yang mengatakan bahawa Tun silap tetapi ingatlah, BN tak pernah kalah sebegini teruk semasa beliau memimpin, malahan masalah yang pernah dihadapi oleh Tun adalah lebih serius, jadi, kepada ahli UMNO, lakukanlah sesuatu untuk manfaat orang melayu dan survival UMNO.

Saya risau keadaan UMNO macam ni…

Comments
  1. Siddiq Azani says:

    haha.biar betul din risaukan umno?mcm tak pecaya je haha.rilek din jgn marah.

    ko bc artikel aku kat liberated, tindakan keluar parti jika mahu pemimpin turun,memang tidak berkesan. – president’s power. he controls everything. seluar dalam ahli MT pun dia tau (ibaratnya la)

    tindakan tun boleh dilihat sebagai seorang yang berpengaruh telah keluar dari parti. so bila org luar tgk,org akan lbh sokong tun sebab tgklah apa yang dia dah buat pd malaysia. he always right,org akan tgk mcm tu.

    tp tindakan tun masih tak mampu nak kuis paklah dari jawatan presiden. mcm aku ckp td – president’s power. sekarang kita perlukan seorang yg berani untuk lawan paklah. tp najib pun jd yes man kan,nk bt mcmana..nmpk gayanya taktau lah aku nk buat mcmana..kita tunggu dan lihat apa akan jadi lps disember ni(pemilihan umno) ak menjangkakan kejutan bakal berlaku. kita saksikan.

  2. afwan says:

    betui tu,aku stuju gak ngan sidek. Tgk balik sejarah dulu2 bila Dato’ Onn keluar UMNO dan tubuh IMP,dia xdapat sokongan pun..Tun pun lebih kurang macam Dato’ Onn jugak. Ala,kalau Pak Lah jatuh lepas ni pun, sora dia xdak orang nak dengaq jugak…

    Orang2 UMNO skang ni x mcm dulu. La ni diorang men ikut cakap ketua ja(polisi angguk+bodek). melawan sikit alamat kena cantas la. Ni jugak adalah hasil didikan pemimpin sebelumnya (termasuk Tun sendiri. Tapi MB Terengganu aku tabik coz berani lawan Pak Lah (seb baik Sultan defend).

    Tapi hakikatnya UMNO memang goyah sekarang ni. Dek nak elakkan cekam kaki yang membusuk dari hari kesehari, geng2 pembangkang jugak yang kena tala. Hmm…Just wait n c je Disember ni. pasti ada perubahan besar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s